Thursday, October 28, 2010

DIBATALKAN: KURSUS RAWATAN ISLAM BERSAMA TIAF

Assalamualaikum...

Dengan hati yang teramat berat dan setelah berbincang dengan Ust Wan Asrul, maka dengan segala rasa dukacitanya dimaklumkan bahawa Kursus Rawatan Sihir anjuran TIAF (Asas dan Lanjutan) yang dijadualkan akan diadakan pada hujung minggu ini (30-31 Okt 2010) DIBATALKAN atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kita hanya merancang, tetapi perancangan YANG MAHA HEBAT, YANG MAHA MENGETAHUI, YANG MAHA BIJAKSANA , YANG MAHA MENGATUR ini melebihi segalanya. Kita sebagai hamba yang dhoif lagi hina ini seharusnya redha...

InshaALLAH jika ada kesempatan sebelum keberangkatan Ust Wan sekeluarga ke Hadramaut, saya akan usahakan supaya kursus ini diadakan di sini lagi...

Monday, October 4, 2010

KURSUS ASAS DAN LANJUTAN TERAPI ISLAM AL FATAH 2010

Assalamualaikum..

Sudah lama benar tidak menulis, hampir 6 bulan. Terlalu banyak perkara yang bersarang di hati namun tidak mampu dan berkesempatan untuk menzahirkannya di meja penulisan...

Buat pencinta ilmu khususnya Ilmu Rawatan Islam, di sini inshaAllah pihak kami akan menganjurkan sekali lagi Kursus Rawatan Islam anjuran Terapi Islam Al Fatah bersama Al Fadhil Ust Wan Asrul seperti berikut:


Tajuk : Sihir, Permasalahannya dan Rawatan & Lanjutan

Tarikh : 30 Okt 2010 (Sabtu) - Tajuk: Sihir, Permasalahan dan Rawatan
31 Okt 2010 (Ahad) - Tajuk: Kursus Lanjutan Sihir, Permasalahan dan Rawatan

Masa : 9am - 5.30pm (Pendaftaran pada hari pertama bermula 8.00pagi)

Tempat : Ma'had Tahfiz wat Tarbiah Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.

Penyampai : TIAF

Yuran : RM120 (Kursus Asas Sahaja)
RM150 (Kursus Lanjutan Sahaja)
RM270 (Kursus Asas dan Lanjutan)

Yuran Termasuk Nota dan Jamuan. Tempat penginapan boleh disediakan berdasarkan permintaan. Jika dari jauh dan kurang berkemampuan tetapi perlukan penginapan percuma, boleh diuruskan inshaALLAH.

Berikut adalah perkara - perkara utama yang akan disentuh dalam kursus hari pertama (Kursus Asas) sebagai perkongsian, InsyaALLAH:

1) Amalan-amalan yang berkaitan dalam perawatan. (Persediaan perawat)
a) Amalan asas perawat
b) Risiko perawat
c) Keperluan serang balas(counter attack) & Kaedahnya
d) Pagar rumah


2) Pendedahan jenis-jenis sihir dan 'permainan' pengamal-pengamal
sihir.
a) Sihir campurlibat jin
b) Sihir tanpa campurlibat jin

3) Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam merawat sihir, antaranya:
a) Kaedah menangkap Toyol dan Anak Kerak
b) Kaedah lupus susuk atau buang susuk
c) Kaedah Pecah Busung
d) Dan lain-lain kaedah yang berkaitan.

4) Histeria dan fenomenanya serta kaedah merawat juga mengelakkannya.

5) Pengijazahan amalan.

InsyaALLAH jika diizinkanNYA, kita akan berkongsi Amalan beserta Kaedah pembukaan mata dalam (mata scan), juga akan disentuh tentang perihal Gila Isim, Badi dan kaedah merawatnya.

Juga dengan keizinan dariNYA, InsyaALLAH, akan diadakan pengijazahan:

1) Amalan Benteng Diri & Kaedah Rawatan
2) 7 Salamun Hayy
3) Amalan Kerezekian
4) Doa Nur
5) Ayat 6 (Ayat Istikfa')
6) Ayat 9 (Ayat AmanILLAH)
7) Ayat Pembakar

Pada Hari Kedua (Kursus Lanjutan), perkongsian seperti berikut, InsyaALLAH:

Antara yang akan dikongsikan:

1) Kaedah-kaedah rawatan mengikut aturan (Praktikal)
- Sebelum rawat
- Semasa rawat
- Selepas rawatan

2) Kaedah Rawatan Semasa Tidur.

3) Kaedah Rawatan Dalam Cermin.

4) Kaedah pasak

5) Bedah Makrifat

6) Kaedah Mengenalpasti penyakit (Fizikal / rohani) - Diagnos penyakit

7) Pengijazahan Doa Nurun Nubuwah beserta amalan.

8) Pengijazahan Ayat Al Fath beserta kaedah dan amalan.

9) Kaedah Mengesan dan Mengembalikan orang/barang yang hilang.

10) Doa Pelupus susuk atau segala bathil dalam diri (Doa air)

Untuk penyertaan, boleh menghubungi saya di talian 0123385833 (Wan Ahmad). Jika tiada jawapan sila tinggalkan mesej untuk saya hubungi semula.

Semoga mendapat manfaat bagi kita semua dalam mencari keredhaan ALLAH.

Maaf yang tidak terhingga jika ada tersalah silap dari saya yang daif lagi lemah disisi ALLAH, disamping hamba-hambaNYA.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua ketentuan dari ALLAH, sebagai tanda saya manusia yang serba lemah, daif dan tidak berdaya tanpa dengan izin dariNYA. Semoga dengan usaha tidak seberapa ini boleh menyebarluaskan ilmu ALLAH Yang Maha Luas

WALLAHUALAM.

Wassalam.

Monday, March 1, 2010

Gambar Kursus Rawatan Sihir bersama TIAF





Assalamualaikum



Alhamdulillah akhirnya Kursus Rawatan Sihir di Pasir Gudang berjaya berjalan dengan baik meskipun diuji dengan beberapa ujian, namun segalanya lancar. Syukur tidak terhingga kepada Yang Maha Mengatur.

Peserta2 pulang dengan muka yang penuh kepuasan dan kepala yang "berat" dek lontaran ilmu yang tidak pernah berhenti sepanjang sesi pengajian. Terasa segar segala urat nadi mendapat keilmuan dan perkongsian pengalaman daripada Ust Wan Asrul. Ust Wan sendiri nampak jelas kepuasan dengan berjaya mengongsi ilmu beliau walaupun kepenatan.

Keesokan harinya (semalam) Kotak Inbox handphone saya sudah mula dipenuhi oleh SMS dari peserta2 kurus bertanyakan bilakah kursus seterusnya akan diadakan. Kepada semua, InshaALLAH akan diusahakan selepas beberapa urusan Ust Wan Asrul selesai...
Berikut dikongsikan beberapa gambar yang sempat diambil:


Sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar AlhamduliLLAH









Nak pergi makan pun sempat lagi ceduk ilmu dari Ust Wan











Muzakarah selepas makan







Peserta sedang menikmati rezeki kurniaan Allah...








"Hero" Ust Wan Asrul







Sunday, February 21, 2010

Berguru dengan Ust Wan Asrul TIAF

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Rahmat kurniaNya dapat lagi kita menghirup udara segar hari ini. Dan setelah kesekian lamanya tidak diupdate blog ini dek kesibukan mengejar dunia yang menggila, maka Allah masih bagi bukaan masa kepada saya untuk menulis semula...


Hujung minggu yang lalu saya diberi kesempatan oleh Allah untuk berkunjung ke tempat rawatan baru Ust Wan Asrul TIAF di Melaka. Boleh dikatakan "merasmikan" tempat itu kerana petang sebelumnya baru berlaku proses pindah memindah barang, malam itu saya sudah sampai.. Saya taknak umumkan dulu di mana tempat barunya kerana menghormati tuan rumah, biar Ust Wan Asrul yang umumkan dulu lah :)


Alhamdulillah, perjalanan jauh yang ditempuh dari Kota Tinggi ke Melaka, walaupun memenatkan, tetapi menjadi suatu kepuasan yang amat mendalam apabila dapat "menadah" banyak ilmu direct dari Ust Wan Asrul berkenaan hal rawatan. Saya berkesempatan juga melihat sendiri kaedah2 rawatan dari Ust, banyak belajar ayat2 baru dan kaedah2 baru walaupun hanya bertemu lingkungan 1 jam lebih sahaja dan tiada sesi belajar rasmi. Apa yang sempat dicatit dan diingat saya lakukan sedaya mampu.


Kepada Ust Wan Asrul dan zaujah, saya ucapkan Jutaan terima kasih kerana sudi menerima kami walaupun dalam keadaan kepenatan selepas bertungkus lumus mengerah tenaga mengangkat barang berpindah ke tempat baru. Moga ilmu perubatan Islam ini lebih tersebar dan memanfaatkan Ummah.



Kursus bersama beliau (Ust Wan Asrul) masih diteruskan. InshaAllah. Setakat ini penyertaan agak memberangsangkan, walaupun saya agak terlewat mengiklankannya di internet mahupun di sekitar Pasir Gudang. Kursus masih terbuka kepada semua.


Ramai yang bertanya, apakah alamat penuh Ma'had Tahfiz Pasir Gudang? Maaf, alamat rasmi saya tidak berapa pasti namun tempatnya di sekitaran Taman Mawar. Petanya seperti di bawah


Penerangan: Jika anda dari Utara, Ambil PLUS highway sehingga penghujung akan jumpa 2 tol; tol pertama bayar ikut kilometer (Kalau dari KL dalam RM42), tol kedua fixed Rm2.10 untuk kereta, ambil exit Pasir Gudang (Around 10km dari tol kedua). Jarak dari exit Pasir Gudang ke Tempat Program adalah dalam 21km


Selepas itu, terus sehingga jumpa exit ke Masai, Kong Kong, Muzium Layang-Layang atau Pusat Bandar Pasir Gudang. Sepanjang jalan akan nampak Tesco Extra sebelah kanan. Jarak dari Tesco Extra ke exit Masai / Kong Kong / Muzium / Pusat Bandar adalah dalam 10km.


Dari ramp exit, terus ke kiri sehingga jumpa traffic light besar yang ada kolam memancing di sebelah kiri. Ambil kanan di traffic light, terus sehingga jumpa traffic light satu lagi. Di traffic light tersebut jalan terus.

Ma'had Tahfiz Pasir Gudang hanya lebih kurang 500meter dari traffic light tersebut namun anda akan terpaksa ke hadapan sedikit untuk U-turn. Ada signboard besar Ma'had Tahfiz Pasir Gudang

Tempat Pendaftaran adalah di Surau Ma'had betul2 dekat Pintu Masuk Utama.


Bagi yang mempunyai kemudahan GPS, boleh mencari dengan memasukkan koordinatnya:

1.468574, 103.897190
Atau bagi sesiapa yang mempunyai masalah boleh berhubung dengan saya di no 012 3385833 (Wan Ahmad)

Sunday, February 7, 2010

Kursus Rawatan Sihir di Pasir Gudang


Assalamualaikum...


InshaAllah Kursus Rawatan Sihir bersama Ust Wan Asrul TIAF akan diadakan pada Tarikh dan Tempat Berikut:


Tarikh: 28 Februari 2010 (Ahad)


Tempat: Ma'ahad Tahfiz Pasir Gudang


Tajuk: Sihir: Permasalahannya & Rawatan


Masa: 9pg - 5.30ptg


Penyampai: Ust Wan Asrul (Terapi Islam Al Fatah)


Yuran: RM80 (Termasuk Makan Minum & Nota)


Penyertaan Dibuka kepada SEMUA


Sila hantarkan SMS kepada no 012 3385833 (Wan Ahmad) untuk booking tempat di dalam kursus.


Tarikh tutup Penyertaan adalah 3 Hari Sebelum Kursus


Objektif Kursus:


1) Mengembangkan Ilmu Rawatan berlandaskan Syariat Islam di kalangan masyarakat


2) Membincangkan permasalahan sihir


3) Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam menangani masalah sihir


4) Mendedahkan rahsia-rahsia pengamal sihir sebagai rujukan kepada masyarakat umum




Perkara-perkara yang akan disentuh di dalam seminar:


1) Amalan berkaitan dalam perawatan (Persediaan Perawat)


Amalan asas perawat


Risiko Perawat


Keperluan serangan balas (counter attack) & kaedahnya


Pagar Rumah



2) Pendedahan jenis-jenis sihir dan "permainan" pengamal sihir


Sihir campurlibat jin


Sihir tanpa campurlibat jin



3) Berkongsi kaedah khusus dalam merawat sihir


Kaedah menangkap toyol dan anak kerak


Kaedah lupus susuk atau buang susuk


Kaedah Pecah Busung\


Lain-lain keadah berkaitan



4) Pengijazahan amalan



Juga akan dikongsi Amalan beserta kaedah Pembukaan Mata Batin (Mata Scan), perihal Gila Isim dan kaedah merawatnya


InshaAllah jika diizinkanNya, akan diijazahkan


1) Amalan Benteng Diri & Kaedah Rawatan

2) 7 Salamun Hayy

3) Amalan Kerezkian

4) Doa Nur




Aturcara Majlis:


8.00am - 8.45am Pendaftaran


9.00am - 10.00am Sihir dan Permasalahannya dalam Masyarakat


10.00am - 10.30am Minum Pagi


10.30am - 11.30am Asas Perawat


11.30am - 1.00pm Jenis-jenis sihir umum dan khusus, rahsia dan kelemahan (petua)


1.00pm - 2.00pm Rehat / Makan Tengahari


2.00pm - 3.30pm Kaedah Rawatan


3.30pm - 4.30pm Amalan & Pengijazahan


4.30pm - 4.45pm Solat Asar


4.45pm - 5.30pm Soal Jawab / DIskusi / Minum Petang / Bersurai




Jika berminat, boleh SMS kepada saya (012 3385833) Nama dan No KP anda. TEMPAT TERHAD. Hanya maksimum 80 orang




Semoga Allah licinkan perjalanan program ini, tercapai objektifnya dan semakin berkembang ilmu Rawatan Islam. Amin

Wednesday, September 9, 2009

Nak Perawat Power!



Assalamualaikum..

Salam Ramadhan Kareem.

Saya diserang demam yang tidak kebah sejak 2-3 minggu lepas. Mungkin badan sedang cuba nak menerima keadaan persekitaran kerja yang baru yang sangat mencabar. Oleh itu, saya masih lagi tidak bercadang untuk memulakan semula proses rawatan kepada pesakit-pesakit baru. Pesakit lama pun sudah saya channel kan kepada perawat terdekat. Namun saya masih lagi dihujani panggilan-panggilan yang meminta saya usahakan rawatan. TErdetik juga rasa kasihan yang amat di dalam diri namun apakan daya, saya memang betul2 tidak bersedia waktu ini...

Saya ingin berkongsi satu kisah yang agak "lucu" apabila dikenang kembali. Kisahnya berkenaan satu panggilan telefon yang saya terima lebih kurang 2 minggu lepas. Ketika itu saya baru selesai mengerjakan solat Tarawikh di rumah (dek keuzuran demam, banyak kali tahun ini terpaksa saya tunaikan Solat Tarawikh di rumah sahaja), saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon, nun jauh dari Utara Johor..

Diringkaskan cerita, pesakit ingin menghantar isterinya berubat dengan saya kerana isterinya dikatakan terkena sihir. Sudah banyak tempat dibawa ke sana ke mari, masih tidak dikurniakan penyembuhan. Beliau ingin cuba kaedah rawatan AKRINE dengan saya pula katanya.

Saya terpaksa menolak dengan lembut. Seperti biasa, saya akan mencadangkan amalan2 asas yang boleh dilakukan sebagai temporary measure, dan juga mencadangkan beberapa nama perawat di kawasan sekitar tempat tinggal beliau.

Pesakit: "Siapa lagi yang ustaz kenal yang ada di sekitar tempat saya?"

Saya: "Rasanya itu sahajalah. Cubalah jumpa salah seorang dari mereka, InshaAllah kita doa moga-moga Allah kurniakan penyembuhan.."

Pesakit: "Tapi ustaz, saya macam dah putus asa dah. Dah banyak tempat yang saya pergi, tapi tak sembuh-sembuh jugak. Ustaz tak kenal ke mana-mana perawat yang power sket? Kasi hilang terus penyakit isteri saya ni?"

Saya tersentak sejenak dengan persoalan beliau. Namun saya tetap memberikan cadangan:

Saya: "Ada. Saya kenal perawat yang paling power. Setakatni takde siapa lagi yang boleh challenge"

Pesakit: "Hah, eloklah tu ustaz. Bagi lah nombor dia kat saya. Nanti saya buat appointment. Biasa dia buat rawatan hari apa? Pagi ke malam?"

Saya: " Tak perlu buat appointment. Anytime awak nak jumpa dia pun boleh. Rawatan dia takde time. Anytime.."

Pesakit: "Isk, dia buat full time ke ustaz? Siapa dia? Boleh saya tahu dan mintak nombor telefon?"

Saya: " Kalau anda nak jumpa dia, anytime. Waktu yang terbaik adalah di tengah malam ketika semua orang tengah tidur."

Pesakit: "Biar betul Ustaz?" Nampaknya belum memahami apa maksud saya...

Saya: " Anda 'jumpa'lah Allah. Mengadu padanya. Sesungguhnya Allah lah perawat dan penyembuh yang Maha Perkasa dan Maha Menyembuh"

Pesakit: " Alah ustaz ni main-mainlah"


TIDAK. Saya tidak main-main. Memang ALLAH adalah sumber penyembuhan dan perawatan. Tiada siapa pun perawat di alam semesta ini yang boleh merawat sekiranya Allah tidak benarkan. Sehebat manapun ilmu dan sedalaman mana pun amalan seseorang perawat, mana mungkin dia mampu merawat jika tiada keizinan Allah...

Allah SWT berfirman:

(yaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku, dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali),dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali),dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat". (As-Syu'araa:78-82)

Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang lalim selain kerugian. (Al- Israa':82)


Nah, jika kita yakin dan tahu perkara ini, kenapa seharusnya kita gantungkan penyembuhan kepada tahap "power" atau tak power perawat? Perawat adalah hamba, sama seperti pesakit. Sebagaimana lemahnya pesakit, begitu juga sebenarnya lemahnya seorang perawat. Kekuatan perawat terletak kepada kehebatan yang ALLAH turunkan. Jika Allah izinkan, bolehlah diusahakan rawatan. Jika tidak, sesiapa sahaja tidak mungkin mampu!

Mungkin apa yang membezakan di antara perawat adalah tahap ketinggian ilmu, pengalaman dan yang paling penting adalah keakraban perhubungan dengan Allah. Merawat dengan ulama' besar mungkin tidak sama dengan merawat dengan saya kerana perbezaan besar di dalam tahap perhubungan dan ibadah serta ilmu dengan Allah SWT. Namun hakikatnya walau sehebat manapun seseorang, segalanya kembali kepada satu: Keizinan dari Allah!

Cuma mungkin secara logiknya, semakin rapat hubungan kita dengan Allah, semakin banyak ibadah kita dengan Allah dan semakin hina perhambaan kita kepadaNya, darjat kita semakin tinggi dan kita akan lebih dicintai Allah. Oleh itu apa yang diminta mungkin akan mudah ditunaikan. Namun jika ingin berjumpa perawat "power" dengan niat bahawa perawat ini yang mampu menghilangkan segala penyakit yang melanda, adalah amat bahaya kepada kesihatan akidah!

Berapa ramai di antara kita yang mengiakan apa yang saya cakap ini tetapi berapa ramai lagi yang masih ada karat-karat iktikad pergantungan kepada makhluk lebih daripada pergantungan kepada Allah? Sama-sama kita cuba buang dan cuba hakis, moga-moga Allah lebih mengasihi kita...


Selamat Mencari Al Qadr. Doakan penyembuhan dikurniakan kepada sang pendosa ini....

Tuesday, September 8, 2009

Selamat Mencari Al Qadr


Assalamualaikum...

Sedar atau tidak, kita sudah menghampiri sepuluh terakhir Ramadhan...

Bagi yang menyambut dan menanti dengan penuh kegembiraan kedatangan bulan Rahmat ini, sudah pasti mula timbul perasaan sedih di hati mengenangkan perpisahan. Seolah-olah berpisah dengan teman yang paling dicintai. Tidak tahu masih bolehkan bersua di tahun mendatang. Inilah masanya yang perlu dihabiskan dengan penuh kualiti, seolah-olah tiada lagi pertemuan selepas ini, seolah-olah bayangat ajal sudah menunggu di muka pintu!

Bagi yang hanyut di dalam dunia sendiri, Ramadhan datang atau tidak, tidak dihiraukan. Malah ada yang lebih teruk, kedatangan Ramadhan dianggap sebagai menyusahkan dan membebankan!

Bagi yang menyambut Ramadhan dengan penuh khusyuk dan kegembiraan, sudah pasti sepuluh terakhir ini masing-masing akan sibuk. Sangat sibuk. Sibuk mencari satu malam yang tersangat istimewa. Malam yang disebut-sebut di dalam Al Quran sehingga terdapat 1 surah khusus menceritakannya, malam yang di sebut-sebut oleh baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat dan ahli soleh. Sibuk mencari Al Qadr.....


ANUGERAH

Menurut Guru saya, Al Qadr adalah satu ANUGERAH. Hanya yang betul-betul mencari sahaja akan dapat bertemu dengannya. Yang tidak mencari, sudah pasti tidak dapat merasakan kelazatannya. Yang dibuai mimpi sudah pasti tidak dapat merasai keasyikan beribadah di malam itu. Yang mabuk ditelan keasyikan dan keseronokan perasaan menjelang Syawal, sudah pasti tidak dapat merasakan kesyahduan dan keheningan malam antara petanda2 Ramadhan kian berlalu... Hanya yang benar-benar menghargai akan tahu betapa berharga dan bernilainya sesuatu perkara! Mana mungkin seorang kanak-kanak tahu betapa penting dan berharganya sebiji batu permata....

Al Qadr adalah malam ANUGERAH dari Allah kepada HambaNya yang terpilih. Seribu bulan ganjaran sudah tentu dapat menutupi kesusahan berjaga 1 malam. Seribu bulan menutupi seluruh kehidupan!


KEUTAMAANNYA

Al Qadr merupakan malam yang sangat istimewa sehingga is dicoretkan sebagai sebuah Surah dalam Al Quran, di samping beberapa ayat lain yang turut menceritakan pehiral keistimewannya..

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿۳﴾ تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥﴾ [القدر: ١ - ٥]

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. [2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. [4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. [5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [Al Qadar: 1 - 5]

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan nan penuh hikmah :

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ ﴿۳﴾ فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ ﴿٤﴾ أَمْرًا مِنْ عِنْدِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ ﴿٥﴾ رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿٦﴾ [الدخان: ۳ - ٦]

Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. [4] Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, [5] (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul, [6] sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”[Ad Dukhoon: 3 - 6]

Jelas di sini bahawa keistimewaan Al Qadr tidk dinafikan lagi...



BAGAIMANA MENCARI?

Terdapat banyak pendapat yang membahaskan perihal bilakah terjadinya Lailatul Qadr ini. Ada yang kata 10 malam terakhir, ada yang kata 7 malam terakhir, ada yang kata pada malam ganjil dan macam-macam lagi pendapat.

Saya difahamkan , dari sinilah jua wujudnya 'uruf (adat) masyarakat Melayu yang dipanggil Malam 7 likur. Ketika kecil, saya selalu melihat rumah-rumah di sekitar kampung nenek saya di Terengganu dipasang dengan pelita-pelita di sekeliling rumah, terutama pada 10 malam terakhir. Saya pernah bertanya kepada makcik saya berkenaan hal ini, jawapannya menyebabkan saya akan tersenyum setiap kali mengenangkannya, dari mula saya dengar (lingkungan umur 5 tahun) sehingga sekarang: "Kita pasang lampu sebab masa inilah malaikat turun dari langit membawa rahmat. Kita cerahkan rumah kita dengan lampu supaya malaikat nampak rumah kita dan dapat datang membawa rahmat ke rumah"... Hehe, ayat yang pertama sudah cukup baik tetapi... letak lampu sebab takut malaikat tak nampak rumah kita, maka rahmat tak sampai? Agak-agaknya sekarang ini better SMS alamat rumah kat malaikat supaya malaikat tak sesat? Ataupun supply GPS device? heheh macam-macam kepercayaan orang dahulu...

Saya tidak ingin membicarakan berkenaan bilakah terjadinya malam ini. Bagi saya, ia adalah Rahsia Allah. Allah jualah yang berhak untuk menurunkan pada bila-bila masa. Cuma kita perlu ada persediaan untuk membolehkan kita terpilih menerima kurniaan yang amat hebat ini. Bagaimana persediaannya? Sudah pasti bukan dengan cara memasang pelita di sekitar rumah!


PERSEDIAAN KE ARAHNYA

Kita sudah yakin bahawa Al Qadr adalah ANUGERAH. Apabila ia bersifat anugerah, maka sudah semestinya bukan calang-calang orang yang akan dapat. Sekiranya semua dapat, sudah pasti tidak akan dipanggil anugerah lagi. Persoalannya BAGAIMANA?

Pendapat saya, daripada pemahaman pembelajaran dengan guru-guru saya, Lailatul Qadr ini adalah anugerah kepada yang layak. Iaitu mereka yang memang betul2 mahu mencapainya (iqtiqad di dalam hati sejak mula Ramadhan) dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

1)Apabila kita menginginkan sesuatu kebaikan, sudah pasti kita juga harus memberikan dan menzahirkan kebaikan.

Jagalah ibadah dengan sebaiknya. Membuat ibadah bukan hanya setakat melaksanakan, tetapi melaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Dalam hal ini, guru saya selalu berpesan: Jika ingin berbuat ibadah, buatlah dengan 2 cara:

i)seolah-oleh melaksanakan sesuatu kepada orang yang kita cintai. Kita mahu dia bertambah sayang pada kita, jadi segala perkara yang diminta sudah pasti akan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan dengan usaha untuk mencapai kesempurnaan.

ii) Seolah-olah inilah kali terakhir kita laksanakan ibadah ini. Ibarat belajar sebelum peperiksaan, Saat-saat akhir itulah yang kita laksanakan dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh kerana iktiqad hati kita adalah kita takkan dapat belajar dali apabila sudah menghadapi peperiksaan.. Demikian juga kita, di dunia ini adalah untuk persiapan menghadapi "peperiksaan" di sana. Jika lulus maka bergembiralah kita dengan imbuhan yang diterima. Jika gagal, maka menyesallah sehingga bila-bila..


2) Jangan tinggal solat malam sejak hari pertama Ramadhan

Ramadhan hanya datang setahun sekali. Ibarat berjumpa dengan orang yang dikasihi setahun sekali, sudah pasti kita tidak mahu melepaskan walau sesaat pun waktu daripada menghadapinya. Jadi, cubalah sedaya upaya untuk tidak meninggalkan solat malam, bukan sahaj di bulan Ramadhan tetapi di bulan-bulan yang lain juga.

Maha Suci Allah, saya dapat sendiri pengalaman kehebatan solat malam ini. Saya pernah didatangi oleh sepasang suami isteri untuk mengusahakan rawatan terhadap isterinya yang terasa ada benda bergerak di telinga, perut sakit tetapi pakar kesihatan mengatakan normal dan selalu meracau pada waktu malam. Si suami memang seorang yang terkenal dengan kekayaannya di kawasan tempat tinggal saya. Dipendekkan cerita, rupanya si isteri terkena sihir yang dikenakan oleh rakan perniagaan suaminya. Menerusi sesi dialog dengan jin sihir tersebut, asalnya mereka diarahkan untuk menyerang si suami namun mereka mendapati tubuh badan si suami tersebut terlalu "liat", susah untuk masuk. Apabila begitu, tuan mereka mengarahkan mereka menyerang si isteri... Apabila saya berpeluang berbincang secara tertutup dengan suaminya, saya menceritakan apa yang diberitahu oleh jin, ringkas sahaja jawapan suaminya: " Saya ada amalan ilmu kebal ustaz". Apabila dikorek, rupanya "amalan ilmu kebalnya"" adalah sebenarnya amalannya bangun solat malam setiap malam tanpa gagal sejak umur mudanya. Subhanallah! Guru saya Ust Syakirin RIDAM juga pernah menghadapi perkara yang hampir serupa, sepertimana tercatat di blognya.


Solat malam adalah amalan para solihin. Ia merupakan satu kemestian kepada setiap umat Islam. Kerana waktu malam itu adalah waktu terbaik untuk bermunajat, mengadu segala macam perkara yang berlaku pada hari tersebut kepada Yang Maha Mengatur. Jadilah seperti kanak-kanak kecil di hadapan Allah pada waktu malam. Menangislah, merengeklah, mengadulah apa jua hal kepadaNya. Kita adalah hamba yang dhoif dan tiada upaya. Kita mengadu untung nasib kita kepada yang Maha Berkuasa dan Maha Mengatur!


Syeikh Mustafa Masyhur di dalam kitab " Bekalan di Sepanjang Jalan da'wah", ada memberi tip bagaimana utk menolong kita sentiasa Qiamullail:

1. Niat dengan penuh keikhlasan
2. menghadirkan keazaman yang tinggi
3. Memperbaiki taubat
4. Menjauhi maksiat si siang hari
5. Tidur cepat pada malam hari ( tambahan... jangan x sembahyang tarawaih pulak...)
6. Tidur sekejap selepas Zohor ( tambahan... jangan sampai "terbabas" sampai Asar...)
7. Pohon pertolongan dgn Allah




3) Sucikan hati dan jiwa

Jauhkanlah diri dari perkara maksiat. Jauhkan diri dari perkara yang boleh membawa kepada maksiat. Sucikan hati dan jiwa dengan sentiasa membaca Al Quran, mendengar alunan zikir meruntun jiwa dan berdoalah selalu kepadaNya...


Semoga kita semua mampu dan layak dianugerahkan Al Qadr tahun ini. Mungkin tahun terakhir kita berjumpa dengannya sebelum dipanggil pulang menghadap Ilahi........


Wallahu a'lam

.

Wednesday, September 2, 2009

H1N1 - Kembali kepada ISLAM!


Assalamualaikum..

Saya ada menerima satu SMS ringkas daripada pesakit saya bertanyakan sekiranya ada ayat Al Quran atau amalan yang boleh dilakukan untuk mencegah H1N1. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips atau amalan / ayat Al Quran yang boleh diamalkan untuk pencegahan.Saya bukanlah orang yang terbaik untuk berkongsi ilmu ini tetapi demi manfaat semua, saya kongsikan apa ilmu yang ada. Kebanyakan penerangan di bawah adalah diambil dari website Darussyifa

Namun harus diingat bahawa ayat dan amalan ini hanyalah semata-mata usaha kita. Yang Maha Berkuasa yang menentukan segalanya adalah Allah oleh itu, tetapkan pergantungan dan harapan TOTAL kepada Allah, bukan pada amalan atau ayat. Cuma kita doa moga2 dengan barokah ayat Al Quran, doa dan usaha kita ini lebih mudah diterima oleh Allah SWT...


Pertama sekali, segala apa permasalahan yang terjadi di dalam kehidupan kita, haruslah dikembalikan kepada Allah. Lihat apa yang disediakan oleh Allah atau Rasulnya kepada kita sebagai bekalan. Dalam hal ini, terdapat satu hadis soheh yang boleh dijadikan panduan:


Di dalam hadis di atas, Rasulullah mengajar kita untuk mengucapkan satu doa sebagai doa meminta perlindungan dari Allah terhadap segala bencana. Berikut adalah doanya:




Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.


Hakikatnya, pada pendapat peribadi saya, satu cara yang terbaik untuk menghindari apa jua wabak adalah: KEMBALI KEPADA ALLAH. Islam itu indah dan lengkap serta menyeluruh. Islam menyuruh kita mengamalkan kebersihan diri, jiwa dan rohani. Perkara ini,jika diamalkan dan dihayati, inshaAllah boleh mengelak segala macam penyakit fizikal mahupun spiritual.

Oleh itu, bersempena juga dengan kehadiran Madrasah Tarbiyah Ramadhan Al Mubarak ini, kita tingkatkanlah usaha untuk menjadi lebih bertaqwa. Bukan hanya di mulut tetapi yang lebih penting pada perbuatan dan pelaksanaan. Moga ia membawa manfaat. Wassalam

Wallahu a'lam
.

Tuesday, September 1, 2009

4 ABU Di Dalam Perjuangan


Assalamualaikum...

Saya baru pulang dari Kuala Terengganu melawat ayahanda yang baru sahaja pulang setelah lebih sebulan berada di IJN. Saya sempat berjumpa sahabat lama, Naqib Usrah saya ketika 1st year di Universiti, Akhie Hilmi Radzuan Ab Bulani (Saya tambah ni sebab beliau tinggal di PCB, Kelantan :) ). Sekalung penghargaan kepada beliau kerana sanggup bersusah payah menghantar dan ambil saya di LCCT dari Shah Alam di sebalik kesibukan beliau sebagai tokoh korporat besar.

Sepanjang perjalanan, saya banyak berbicara dan bertukar pendapat dengan beliau darihal isu semasa. Antaranya adalah keadaan terkini di Selangor dan juga kawasan-kawasan lain. Ternyata apa yang diongsikan memberikan impak yang besar pada saya sepanjang perjalanan ke Johor.Setelah sampai di Johor, saya tiba-tiba teringat tentang satu kuliah yang disampaikan oleh Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang berkenaan 4 ABU dalam perjuangan Rasulullah. Jika P Ramlee boleh keluarkan idea 3 Abdul, Tn Guru mengupas sirah dan meletakkan 4 ABU di dalam perjuangan, yang saya rasa sangat elok jika dapat dikongsikan di sini...

1) ABU BAKAR AS-SIDDIQ Radiallahu Anhu

Abu Bakar adalah diletakkan sebagai ABU yang pertama. Selayaknya memang beliau berada di sini. Beliau adalah sahabat Rasulullah SAW yang paling akrab, yang paling banyak berkorban demi perjuangan Rasulullah serta yang paling hebat membenarkan perutusan yang dibawa oleh Rasulullah. Pernah kaum Musyrikin Mekah datang mengadu pada Abu Bakar berkenaan dakwaan Rasulullah dapat pergi ke Baitul Maqdis dan naik ke langit dalam tempoh 1 malam, Abu Bakar tetap teguh berdiri di belakang Rasulullah. Abu bakar juga merupakan seorang yang sangat sayang pada Rasulullah, sanggup bersama di dalam perjuangan Rasulullah samada di ketika senang atau susah.


2) ABU LAHAB Laknatullah

Abu Lahab pula terkenal sebagai seorang yang sentiasa memusuhi perjuangan Rasulullah, tak kira semasa lemah atau semasa kuat. Sekalipun beliau merupakan Bapa Saudara Rasulullah sendiri, namun beliau merupakan musuh dan penentang utama Rasulullah. Kejahatan beliau sehingga Allah menurunkan satu surah khusus untuk mengeji dan mengutuk Abu Lahab (Surah Al-Lahab / Al Masadd)


3) ABU SUFYAN

Merupakan ketua suku kaum Abd-Shams dan antara orang yang paling berpengaruh di Mekah ketika Rasulullah baru dilantik menjadi Nabi. Beliau merupakan antara penentang utama Rasulullah dan merupakan ketua tentera Quraisy di dalam Perang Badar dan Uhud. Namun, ditakdirkan selepas Perjanjian Hudaibiyah (Orang Islam mula kuat dan Orang Quraisy terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan orang Islam), maka hati Abu Sufyan mula berubah untuk memeluk Islam.

Setelah memeluk Islam, beliau berjuang bersungguh-sungguh di dalam mempertahankan Islam dan hilang kedua belah matanya di dalam peperangan (Sebelah mata di Peperangan Taif, sebelah di Peperangan Yarmouk) dan akhirnya beliau meninggal dunia di dalam Islam..


4) ABU ABDULLAH (ABDULLAH BIN UBAY BIN SALUL)


Merupakan ketua Kaum Khazraj di Madinah yang telah memeluk Islam apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Namun terdapat banyak perkara yang dilakukan oleh Abdullah bin Ubay yang menunjukkan ciri-ciri Munafiq di dalam diri beliau, sehingga beliau pernah digelar "Lelaki Hina" oleh anaknya sendiri (Abdullah bin Abdullah bin Ubay)....


Di dalam perjuangan, terdapat 4 jenis ABU. Pada saya, sama juga dengan perjuangan di zaman ini. Ada yang bersifat seperti Abu Bakar, sanggup hidup dan mati dengan perjuangan walaupun semasa susah mahupun senang. Ada juga yang bersifat seperti Abu Lahab, menentang perjuangan Islam, mengenakan pelbagai masalah dan fitnah kepada pejuang. Malahan ada juga yang bersifat seperti Abu Sufyan, yang pada mulanya menentang, tetapi akhirnya apabila nampak kehebatan dan kemenangan Islam, mula beralih arah dengan bersama-sama di dalam perjuangan.

Namun yang paling teruk adalah yang bersifat seperti Abu Abdullah. Di luar mengaku Islam tetapi di dalam hatinya penuh titik hitam menandakan kemunafiqannya. Penyertaannya ke dalam perjuangan Islam bukanlah ikhlas kerana Allah, tetapi lebih kepada ingin menjahanamkan Islam itu sendiri. Tetapi mereka lupa bahawa Allah sendiri yang akan menjaga agamaNya ini, sepertimana Firman Allah:


"Mereka ingin hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci.

Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang musyrik benci."

Bersamalah kita renungkan, kita sekarang sebenarnya bersifat dengan sifat ABU yang mana? Yang terhebat, jadilah seperti Abu Bakar. Jika tidak pun, Abu Sufyan pun masih mampu bersama dengan perjuangan. Namun janganlah jadi seperti Abu Lahab, malah elakkanlah yang paling teruk iaitu bersifat dengan sifat Abu Abdullah....


Moga menjadi pedoman semua termasuk diri sendiri...

Wallahu a'lam
.

Tuesday, July 21, 2009

Beribu Kemaafan


Assalamualaikum...


Sudah lama benar saya tidak update blog. Azam ketika mula-mula register blog baru, untuk update at least 2 hari sekali, nampaknya hanya tinggal azam. Begitulah manusia..


Saya banyak dihubungi oleh pesakit-pesakit baru yang meminta saya mengusahakan rawatan. Sehingga ada pesakit dari Gelang Patah dan Nusajaya yang telefon! Rupanya di Johor ini sangat ketandusan sekali perawat-perawat Islam. Yang ramai adalah bomoh-bomoh dengan pelbagai jenis amalan dan perbuatan yang tidak seronok dipandang. Kerana itulah saya dahulu anjurkan kursus rawatan Islam di sini namun nampaknya Allah tidak mengizinkan ianya diteruskan...


Saya masih struggle dengan sangat teruk untuk menyesuaikan diri dengan jadual harian yang sangat padat setelah mula belajar semula selepas hampir 6 tahun meninggalkan bidang pembelajaran full time ini. Dan apabila belajar dari pukul 8pagi-5petang setiap hari, 5 hari seminggu, maka minda saya keletihan. Jika balik rumah malam-malam, terus sahaja tertidur selepas Isyak kerana kepenatan. Jika ada program atau mesyuarat, terpaksa memaksa diri dengan tahap paksaan tertinggi. Begitulah hebatnya dugaan saya sekarang.


Oleh kerana itu, saya terpaksa menghentikan sementara proses mengusahakan rawatan. Merawat ini tidak semudah apa yang nampak di mata.Nampak mudah tetapi ia memerlukan ketahanan fizikal dan minda yang tinggi, yang mana tidak dapat saya sediakan buat waktu sekarang. Inilah antara alasan utama yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sementara dari bidang ini, di samping beberapa perkara lain yang sudah diberi pertimbangan sewajarnya.. Bukan menjauhkan diri, cuma berundur selangkah untuk susun strategi. Moga-moga Allah izinkan saya untuk terus memacu dengan lebih laju di masa hadapan. Insha Allah...


Oleh itu, saya terpaksa menolak SEMUA permintaan. Bukan tidak kasihankan pesakit yang merayu, tetapi saya terpaksa di dalam keadaan fizikal yang begitu tidak mengizinkan sekarang. Sepanjang 3 minggu ini, saya hanya setuju untuk terima 1 kes sahaja, itu pun kerana bapa pesakit merayu pada saya dan rumah pesakit juga dekat dengan saya. Entah macamana, hati saya tergerak untuk terima....


Tetapi untuk yang lain, sekali lagi saya ingin menyusun jari memohon kemaafan kepada semua. Saya memang tidak mampu dan tidak bersedia untuk proses rawatan buat masa ini. Harap semua dapat memahami..


Saya berharap, peserta-peserta Kursus Rawatan minggu lepas yang katanya 3 orang dari Johor, dapat membantu masyarakat kita yang semakin memerlukan perawat. Jika perlu, boleh berhubung dengan saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. InshaAllah kita sama-sama belajar dan membantu.


Doakan moga saya lulus ujian ini, dan moga saya juga dikurniakan kekuatan olah Allah untuk terus berada di jalan yang diredhaiNya... Ameen


.

Thursday, July 2, 2009

Alhamdulillah Selamat


Alhamdulillah...


Kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Allah SWT jua di atas kurniaan Rahmat dan Ihsan Allah yang tidak terhingga kepada saya dan keluarga.


Ayah saya telah dimasukkan ke IJN minggu lepas kerana 3 saluran arterinya tersumbat. "Penyakit Orang Kaya" kata ayah saya sambil tergelak kecil menyembunyikan kerisauan semasa memberitahu saya melalui telefon minggu lepas.


Beliau pada mulanya telah di refer oleh HSNZ Kuala Terengganu untuk menjalani angiogram di IJN. Hasilnya, Pakar mendapati 3 saluran arteri beliau tersumbat dan perlu dibedah (coronary bypass) segera. Apa yang asalnya dirancang untuk dilaksanakan pada Isnin baru lepas (29 Jun) dicepatkan ke hari Rabu 24Jun.


Saya tidak dapat balik pada hari pembedahan kerana isteri yang tidak dapat cuti. Tetapi memandangkan tempoh pembedahan yang terlalu lama (Masuk OT pukul 11 pagi, pukul 930 malam masih belum keluar), saya gagahkan diri untuk memandu pada malam Rabu itu terus ke KL. Sampai di KL pukul 3 pagi, terus tertidur di rumah Kakak yang ditinggalkan lama di Cheras.


Diringkaskan cerita, Alhamdulillah setelah beberapa hari di ICU IJN akhirnya ayah saya dipindahkan ke wad biasa dan dengarnya hari ini (3 Julai) beliau sudah boleh keluar wad dan akan tinggal di rumah kakak sehingga sembuh. Alhamdulillah, nikmat dari Allah yang tidak terhingga.


Banyak perkara yang terjadi kepada saya sepanjang perjalanan, di Kuala Lumpur dan sehingga balik. Dari anak saya yang nampak 'sesuatu' di hotel di highway, saya sendiri yang nampak banyak 'benda' serta adik saya yang baru diketahui ada saka keturunan keluarga, tetapi masa sangat terhad untuk diceritakan di sini. InshaAllah jika ada kesempatan saya akan ceritakan.


Saya juga sudah mula dengan Professional Course in Safety and Health Officer sejak 1 Julai secara sepenuh masa jadi sudah kurang benar masa dan waktu untuk menjengah blog ini dan blog sahabat.


Doakan saya supaya terus istiqamah di dalam perjuangan dan juga terus dapat menyumbang bakti kepada masyarakat.


Wallahu a'lam


.

Takziah

Assalamualaikum..

Takziah diucapkan kepada Saudara Abd Rahman bin Manap, Setiausaha PAS Kawasan Pasir Gudang, di atas pemergian ayahandanya Ust Abd Manap Ketua Urusan Ulama' PAS Muar yang telah kembali ke Rahmatullah minggu lepas. Walaupun dah lepas lama, saya tetap ingin mengucapkan takziah dan mendoakan agar rohnya diterima sebagai orang beriman dan mendapat tempat istimewa di sisi Yang Maha Mencipta....

Al Fatihah

Tuesday, June 23, 2009

Dihentikan Sementara

Assalamualaikum...


Setelah melalui proses berfikir yang agak panjang dan consider segala faktor yang mendatang di dalam hidup saya, maka saya telah memutuskan untuk menghentikan sementara proses mengusahakan rawatan Islam (saya lebih cenderung untuk menggunakan istilah ini berbanding istilah merawat. Apa pun konsepnya sama, term saja yang berbeza) kepada semua berkuatkuasa minggu depan (1 Julai 2009)


Saya sudah pun mengelak untuk mengambil kes-kes baru sejak minggu lepas. Dan kes baru terakhir yang sepatutnya diattend oleh saya hujung minggu ini juga terpaksa ditunda kerana keadaan kesihatan ayahanda saya yang tidak begitu memuaskan. Seminggu dua ni mungkin saya akan berulang alik ke IJN/KL untuk melawat ayahanda.


Saya ingin memohon maaf kepada semua kerana terpaksa menolak permintaan anda untuk mengusahakan rawatan. Juga mohon maaf kepada sahabat-sahabat berdekatan yang mungkin terpaksa menerima 'tempias' apabila saya refer kes-kes baru kepada anda secara anda tahu atau tidak (Biasanya yang menjadi "mangsa" adalah Ust Wan Asrul Melaka, Ust Faizal Segamat dan Ust Rashid Suhar Singapore serta Ust Hussin Darussyifa' Johor ).


Doakan saya moga dipermudahkan dan dapat saya kembali berkhidmat kepada masyarakat menggunakan secubit ilmu yang tidak seberapa ini secepat mungkin.


Wallahu a'lam

Saturday, June 20, 2009

Doa Rabitah bagi Menyelesaikan Kemelut Pemikiran dan Sikap Ahli Gerakan

Assalamualaikum..

Kemelut pemikiran dan sikap yang tidak henti-henti melanda gerakan sekarang MESTI DITAMATKAN SEGERA. Ia sangat menyesakkan minda, melemahkan jiwa dan melonglaikan gerakerja.

Sesungguhnya ujian di dalam gerakan adalah satu perkara yang membawa beribu hikmah kepada yang mahu mengambil pengajaran. Inilah masanya Allah mahu menapis sesiapa yang Allah rasa tidak lagi layak berada di dalam gerakan. Inilah masanya Allah mahu meninggikan darjat mereka yang tetap sabar dan terus bersama dalam perjuangan. Inilah masanya Allah mahu menguji kekuatan akar dan tunjang ukhuwah yang selama ini dibangga-banggakan oleh ahli gerakan. Inilah masanya Allah mahu menguji sejauh mana kefahaman dan pelaksanaan kefahaman setiap ahli yang mengaku sebagai pejuang, sementelah lagi ahli yang telah melalui proses tarbiyah.

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ


“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.”

( Surah Muhammad : 31 )



Allah akan menguji melalui pelbagai cara. Ada dengan kesenangan, ada dengan kesusahan. Ujian kesusahan seringkali mudah disedari dan mudah pula dikembalikan kepada Allah pergantungan dan doa. Namun Ujian Allah ini datang di ketika tidak semua yang sedar. Allah menguji tatkala kita merasa diri kuat, tatkala musuh dan teman mengakui sokongan dan dokongan semakin hari semakin banyak...Semakin hebat kita rasakan diri kita, semakin hebat jugalah Allah akan menguji. Hakikatnya Yang Maha Hebat hanyalah Allah SWT semata-mata.

Saya diperingatkan oleh sahabat saya Ust Ibrahim Ibn Masran Al-Banjari berkenaan peri pentingnya kesatuan di dalam gerakerja, serta betapa terdapat beberapa cara dan doa yang boleh digunakan untuk memohon kepada Allah agar disatukan semula hati-hati ahli gerakan, moga-moga tidak terencatlah tatacara perjalanan perjuangan dengan small hiccup yang melanda ini...


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh serta tipu daya mereka) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

( Surah Al-Anfal : 45 )


Rasulullah SAW menegaskan :

الدعاء سلاح المؤمن

“doa adalah senjata mukmin” (rawahu Abu Ya’la)



Salah satu doa yang boleh diamalkan sebagai suatu usaha kita adalah Doa Rabitah yang terdapat di dalam Al-Ma'thurat.

DOA RABITAH(دعاء الرابطة)

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ، فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ، وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ، اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.


Terjemahan doa:-

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".

Kaifiyatnya..

· Apabila membaca doa ini dan tatkala menyebut (ANNA HAZIHIL QULUB..) maka hendaklah diniatkan hati-hati pemimpin dan seluruh ahli gerakan Islam.


Semoga Allah menetapkan hati kita di dalam jalan ini, dan moga Allah juga cepat-cepat mengurniakan "ubat" kepada penyakit yang melanda sekarang ini....


Thursday, June 18, 2009

Rungkaian Sirah:Menghadapi Situasi Semasa (Fitnah dan Perpecahan)

Assalamualaikum


Berikut adalah rungkaian sirah yang sangat bagus yang diambil dari blog Ust Nasruddin Hassan At-Tantawi


Siapa yang nak mengambil pengajaran, dialu-alukan tetapi siapa yang masih bertegas dengan kejahilan nafsu dan aqal diri, teruskanlah.....





KISAH MUSTALIQ - JADIKAN IKTIBAR (Vol 1)


Rentetan peristiwa perang Bani Mustaliq di zaman Rasulullah saw terlalu panjang dan agak kompleks untuk dirungkai dan dihurai dalam penulisan ringkas sebegini .


Saya cuma mengambil beberapa insiden yang berurutan dari peristiwa ini untuk dijadikan panduan kita berjuang dan berdepan pula dengan fitnah yang melanda perjuangan kita hari ini .


Asasnya perang Bani Mustaliq ini bukanlah satu peperangan besar dalam sejarah Islam tetapi apa yang paling menyerlah ialah bagaimana ia menunjukkan kepada umum peranan yang di mainkan oleh seorang tokoh munafiq yang bernama Abdullah bin Ubai dan kuncu - kuncunya yang sebelum itu telah menyimpan dendam politik sekian lama terhadap kepimpinan Rasulullah saw. malah turut mendedahkan beberapa perlakuan jahat yang dilakukan oleh mereka .


Peranan jahat Abdullah bin Ubai kian menjadi - jadi setelah gagalnya harapan beliau untuk menjadi ketua atau pemimpin di Madinah setelah kemenangan Islam dan hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah . Ia menganggap Rasulullah saw telah merampas cita - citanya .


Sejak itu , tertanam di dalam dirinya dendam dan hasad yang senantiasa membara dan mencari setiap kesempatan untuk melakukan sesuatu yang membahayakan Rasulullah saw dan Islam yang dipimpin oleh baginda saw.


Peristiwa Bani Mustaliq ini menyaksikan bagaimana Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya keluar bersama dengan bala tentera ummat Islam tetapi Allah swt mengetahui dan mendedahkan kedudukan dan peranan jahat mereka . Allah swt berfirman :


لو خرجوا فيكم مازادوكم إلا خبالا و لأوضعوا خلالكم يبغونكم الفتنة
و فيكم سماعون لهم و الله عليم بالظالمين
Kalaulah mereka keluar bersama - sama kamu , tidaklah mereka menambah kekuatan kamu melainkan menambah kerosakan dan tentulah mereka melakukan hasutan di antara kamu dengan tujuan hendak menimbulkan fitnah [ kekacauan ] dikalangan kamu , sedang ada diantara kamu orang - orang yang suka mendengar hasutan mereka dan ingatlah Allah swt Maha Mengetahui akan orang - orang yang Zalim .
Surah At Taubah : 47


Kerja Jahat Abdullah bin Ubai


Pernah seketika berlaku perselisihan antara 2 orang sahabat nabi saw [ muhajirin dan ansar ] lalu Rasulullah saw menegur mereka berdua : " Apakah kamu mahu kembali kepada jahiliyah sedang aku masih ada bersama kamu ? " akhirnya mereka berdua hentikan pergaduhan dan berdamai .


Malangnya apabila berita perdamaian itu sampai kepada Abdullah bin Ubai lalu dia berkata : " Apakah munasabah dia [ rasul saw ] melakukan demikian . Apabila mereka sudah ramai dalam negeri kita , mereka hendak menunjukkan kekuatan . Samalah seperti kata pepatah , gemukkan anjing kamu kemudian dia akan memakan kamu . Jaga - jaga , kalau pulang ke Madinah ,nanti tahulah dia nanti . Orang yang mulia akan mengeluarkan orang yang hina ! "


Ucapan itu didengari oleh Yazid bin Ikram lalu Yazid beritahu kepada bapa saudaranya dan bapa saudaranya memberitahu Rasulullah saw . akan ucapan Abdullah bin Ubai tersebut . Kebetulan Saidina Umar ada bersama Rasul saw. Lalu Umar rha berkata : " Suruh sahaja Abbad bin Bisyr membunuh dia ! " tetapi ia dihalang oleh nabi saw. bimbang fitnah lebih besar , nanti orang akan kata Muhammad membunuh sahabatnya sendiri .


Malah anak Abdullah bin Ubai sendiri yang juga bernama Abdullah [ seorang yang beriman dan soleh ] minta izin dari nabi saw untuk membunuh bapanya tetapi tidak dibenarkan oleh Rasulullah saw . bagi mengelakkan fitnah yang besar


Abdullah bin Ubai mengetahui ucapannya telah sampai ke pengetahuan Rasulullah saw lalu ia pergi bertemu dengan Rasulullah saw lalu bersumpah dan menafikan ucapannya .
Tiba - tiba seorang Ansar mengatakan Ya Rasulullah saw . " mungkin budak yang melaporkan berita mengenai ucapan Abdullah bin Ubai ini tersalah lapor ! lalu Rasulullah saw terus mengingatkannya . Maka berduka citalah Zaid bin Arqam [ yang melaporkan ] kerana ia merasakan dirinya telah diperbohongkan .


Tetapi Allah swt Maha Mengetahui lalu menurunkan surah al Munafiqun dan mendedahkan perkara sebenar yang dilakukan oleh golongan munafiq khasnya Abdullah bin Ubai . Akhirnya Rasulullah saw memanggil Zaid bin Arqam dan membacakan surah al Munafiqun kepadanya kemudian nabi saw bersabda : " Sesungguhnya Allah swt telah meletakkan kamu sebagai orang yang benar .



Bersambung...

Monday, June 15, 2009

Resah dan Gelisah

Assalamualaikum...


Seminggu dua ni saya merasa cukup resah dan gelisah. Tidak tahu kenapa. Acapkali terasa panas membahang dan tekak terasa kering sehingga terbit tonsil2 yang tidak diingini. Moga-moga ia kaffarah dosa saya yang menggunung.

Keadaan semasa menggamit lebih rasa gundah. Betapa ramai yang mengaku pejuang, tetapi sebenarnya berjuang menentang musuh yang SALAH. menentang saudara sendiri sedangkan musuh berteriak kegembiraan melihat kebodohan dan kedunguan pejuang yang seringkali terperangkap di dalam golejak minda yang dangkal.... Saya simpan komen2 lain yang membuak-buak di dalam dada jauh di sudut hati sahaja. Siapalah kita untuk bersuara menentang meraka yang sudah dulu makan garam (tapi tak sedar diri mengidap darah tinggi)? Ya Allah selamatkan kami!


Teringat saya kepada pesanan oleh Ust Suhaimi (Ust/tok guru saya di Terengganu)...


Ketika resah dan gelisah, bacalah Surah Al-Insyirah 3x, tekapkan tangan kanan ke dada kiri dan mohon diberikan kelapangan..

"Zikir dan ingat Allah jangan lupa. Kita kena sedar, kita ni tahap HAMBA sahaja. Dah sedar diri tu HAMBA, banyak-banyaklah "bodek" TUAN kita dengan banyak mengingatiNya"

"Bangunlah solat malam, dan jadilah seperti kanak-kanak. Mengadulah dengan bersungguh2 kepada Allah. Ketika itu tiada hijab di antara anta dengan Allah. Doa sampai kepada Allah direct. Jadilah seperti kanak-kanak yang mengadu segala macam hal walaupun remeh temeh kepada ibunya. Menangislah, hilangkan segala ego dengan Allah. Selangkah anta dekat dengan Allah, 1000 langkah Allah dekat dengan anta!"


Kata-kata dan nasihat beliau itu tiba-tiba terngiang2 di telinga. Memang dari dulu kalau ada kesusahan dan keresahan hati, saya akan amalkan. Tapi bila dah tua ni, kubur kata datang dunia kata pergi, perasan sibuk dengan pelbagai agenda keduniaan yang menipu, seringkali terlupa dan jauh daripada Yang Maha Mencipta...


Ya Allah jauhnya HAMBA Mu dari diriMU dek kealpaan sendiri.......

Monday, June 8, 2009

Takziah (2)

Assalamualaikum...

Takziah kepada Ust Azhar Ketua Lajnah Tarbiah & Kepemimpinan DPPKPG di atas pemergian ibu beliau pada Sabtu lepas. Moga roh almarhumah dicucuri rahmat dan ihsan Allah, di dalam kuburnya dan juga di Hari Kebangkitan. InshaAllah...

Al Fatihah...

Thursday, June 4, 2009

Takziah

Assalamualaikum

Saya baru pulang dari melalui proses yang panjang seharian di Rumah Mayat (Nama glamour sekarang Jabatan Forensik) Hospital Sultan Ismail.

Takziah diucapkan kepada Cikgu Aida (Guru Pasti Taman Mawar) yang kehilangan suaminya secara mengejut akibat serangan jantung pada usia 35 tahun. Sementelah pula Cikgu Aida mengandungkan anak pertama mereka!

Proses menjadi agak panjang kerana suami beliau meninggal mengejut (ketika baru habis kerja syif malam di kilang Niro Granite). Beliau mengadu sakit ketika mahu menghidupkan kereta, dengan badan berpeluh-peluh menandakan serangan jantung.

Masalahnya adalah kematian mengejut beliau kerana sebelum ini beliau ada mengadu pedih ulu hati dan 2 kali berjumpa Doktor untuk rawatan namun disahkan sihat oleh doktor. Oleh itu apabila terjadi kes sebegini, maka Polis ingin membuat siasatan lanjut akan punca kematian.

Post mortem diperlukan, hanya bermula pukul 1130 pagi tadi (Arwah sudah meninggal sejak jam 1230 tengah malam tadi!). Lebih kurang pukul 130 baru start proses mandi dan mengapan. Pukul 245 disembahyangkan dan lebih kurang pukul 3 baru bertolak ke Terengganu. Dijangka sampai ke Terengganu dalam pukul 2 pagi ini.

Sama-sama kita doakan moga Allah selamatkan perjalanan jenazah, baik di dunia mahupun di Akhirat ti Titian Sirat yang halusnya lebih dari rambut dibelah tujuh. Moga ALlah mencucuri rahmat keatasNya.

Kepada yang hidup, sama-sama kita beringat bahawa mati itu boleh datang tanpa disangka-sangka. Sentiasalah berusaha membuat kebaikan, kurangkan musuh dan lebihkan keakraban dengan Allah dan manusia...

Al Fatihah....


Gambar akan menyusul kemudian (menunggu ihsan Saudara Arab yang merupakan satu-satunya orang yang bawak kamera)