Monday, May 4, 2009

Jatuh Tangga - Kaki Retak

Saya menerima ujian besar...

Balik ke rumah pada malam Rabu lalu (29 Apr 09) alarm rumah saya rosak, disyaki dipanah petir semasa saya tiada. Alarm berbunyi cukup membingitkan telinga. Bimbang jiran-jiran terganggu dengan bunyi tersebut, saya dengan tergesa-gesa mengambil tangga besi dan mula memanjat untuk lihat dalam Control Box.

Niatnya nak RESET kan alarm tu atau potongkan terus power supply nya, tapi semasa tengah melihat-lihat itulah kaki saya tersalah langkah dan tangga tersebut tumbang. Saya mendarat dengan kaki kiri terus ke lantai, setinggi kira-kira 7 kaki ke bawah. Sakitnya bukan kepalang. Alhamdulillah anak kecil saya Aiman terlewat sedikit sahaja. Selama ini jika saya memanjat tangga, samada untuk menukar bulb yang terbakar atau untuk membetulkan power switch rumah, Aiman memang akan 'setia' memerhatikan saya dari bawah tangga. Dan malam itu memang dia 'ondaway' nak datang tengok saya. Dia sedang menaiki tangga rumah saya ketika saya jatuh, betul-betul di depan matanya! Nasib baik dia terlambat seidkit sahaja. Jika tidak, sudah tentu tangga itu sudah menimpanya dan bertambah lagi masalah saya. Alhamdulillah Ya Allah, kerana telah menyelamatkan anak saya...

Ringkasnya selepas solat Maghrib dalam keadaan sakit yang teramat, saya dan isteri terus ke rumah pengasuh, letakkan Aiman di situ dan kami terus berkejar ke hospital. Nasib baiklah hospital hanya 'selangkah semut' sahaja dari rumah.

Terus ke Accident & Emergency, dan terus dimasukkan ke bilik X-Ray untuk proses rawatan dan diagnosis.. Proses rawatan mengambil masa hampir 3 jam (sebab tunggu pakar Ortho datang), yang menyaksikan kaki saya akhirnya disimen secara 'back slab" (separuh sahaja dan boleh pakai buang). Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya masih boleh menyempurnakan wuduk saya secara normal dengan simen separuh ini. walaupun dalam keadaan kesakitan... 2 tulang kaki kiri saya didapati retak - Calcaneum (tulang dekat tumit kaki) dan juga Fibula (tulang betis kecil). Yang disimen adalah calcaneum sahaja kerana keretakan fibula terlalu kecil dan tidak memudaratkan. Kosnya pula, bisa menambah kesakitan! Hampir RM700 untuk keseluruhan kos rawatan tidak termasuk harga tongkat dan rawatan susulan! Nasib baik saya sempat enroll dalam Skim Insurans Takaful Prudential BSN Takaful. Ada coverage untuk outpatient accident, up tp RM2,000 setahun. Ada juga elaun MC RM200 seminggu.Gasak yang tu dulu lah, dah habis nanti, boleh claim dengan company isteri saya..

Saya terpaksa membatalkan beberapa temujanji dengan pesakit. Kehadiran ke Muktamar Pemuda Negeri juga terpaksa dibatalkan kerana saya tidak mahu menyusahkan orang untuk mengusung saya keluar masuk dewan walaupun saya boleh berjalan menggunakan tongkat. Namun saya masih terpaksa menguruskan kepergian perwakilan Pemuda Pasir Gudang ke Muktamar. Telefonlah yang menjadi penyelamat. Syukur kepada Allah kerana memberikan ilmuNya kepada manusia sehingga terlahir kemudahan sebegini...Kehadiran ke kenduri adik angkat isteri di Segamat pun mungkin terpaksa dibatalkan. Saya minta maaf kepada semua!

Terima kasih kepada doktor-doktor di Hospital yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Doktor Lau (Pakar Ortho) dan Doktor Zabidi (MO di A&E) serta jururawat yang merawat saya secara cekap dan profesional.

Special thanks kepada isteri tersayang yang bersusah payah membawa saya ke hospital dan juga menjaga makan minum saya. Terpaksa pula melayan karenah si kecil yang 'baru nak kenal dunia'. Sesungguhnya setiap hari saya panjatkan syukur yang tak terhingga kepada Allah kerana menghadirkan seorang yang begitu istimewa dalam hidup saya... Alhamdulillah!


-Hamba yang Dhoif-
.

No comments: