Sunday, May 17, 2009

Kecurian Kereta di TESCO SERI ALAM

Saya baru kembali dari "proses repair kaki" di Kota Tinggi. Kaki yang sudah terasa sedikit okay selepas balik Terengganu minggu lepas, sakit semula setelah saya cuba membuat kerja berat iaitu bermain bola getah dengan anak di rumah (tak pernah main "secara serius" dengan anak sebelum ini, tak tahu seronok juga "kembali menjadi muda" sebegini . :) )

Setelah menghantar isteri ke tempat kerja, saya bergegas ke Masjid Jamek Taman Universiti untuk menyelesaikan proses tempahan tempat dan makanan untuk Program MANTOP Julai nanti. Alhamdulillah Allah bagi kemudahan dalam semua hal, sehingga terasa sungguh mudah dan smooth seluruh perjalanan & urusan tadi. Alhamdulillah. Segala Puji selayaknya hanya bagi Allah Yang Maha Memberi dalam keadaan hambaNya ini yang begitu kedekut sekali untuk meluangkan masa mengingatiNya....

Kembali dari Taman U, saya singgah di kedai saya di Tesco untuk selesaikan apa-apa urusan yang patut setelah hampir seminggu tak menjenguk...

Sesampainya saya di parking Tesco yang bersetentang dengan Pasaraya Today's, saya melihat satu pasangan yang saya kira berasal dari Sabah hasil dari penilaian dialek mereka. Sang isteri sedang menangis teresak-esak manakala suaminya pula muka "blank" semacam. Menjangkakan yang ia adalah isu suami-isteri, saya tidak mahu terlalu masuk campur. Saya masuk ke dalam dan terus menuju ke kedai. Tiba-tiba saya teringat yang saya tertinggal satu dokumen di dalam kereta saya. Apabila saya melangkah keluar, saya nampak orang ramai mengerumuni pasangan ini...

"Kenapa ni?" Tanya saya, sedikit busy body.

"Kereta dia kena curi. Saya sendiri nampak kereta tu dipandu keluar oleh 2 orang lelaki melayu tadi. Dalam kereta ada duit RM3 ribu." Seorang pemuda berbaju kuning memberitahu saya.

"Dah report pollis ke belum?" tak habis lagi busy body saya..

"Dah bagitau security. Diaorang tengah tengok rakaman CCTV" balas budak tu.

Saya terperanjat. Dah hampir sejam kereta dicuri, masih belum report polis? Apa guna tengok rakaman CCTV SEBELUM report polis? Jika pun boleh nampak kereta tu dibawa keluar dan nampak jelas muka kedua lelaki tersebut, apa yang boleh dibuat jika tidak report polis?

Pendapat peribadi saya, sebaiknya direport polis dahulu, supaya polis boleh terus buat roadblock. Jalan keluar dari Pasir Gudang ni ada 2 je. Samada Highway atau jalan lama. Kalau tutup betul-betul, inshaAllah kebarangkalian nak jumpa tu tinggi! Tapi selepas sejam..... Wallahu a'lam.

Untuk rekod, perjalanan dari Tesco ke Tol Skudai mengambil masa lebih kurang 30 minit. Ke Senai lebih kurang 45 minit. Ke Kulai lebih kurang 1 jam. Bagi saya apabila sudah lepas dari kawasan-kawasan ini, agak susah untuk dicari. Jika dianggap pencuri pecut kereta terus keluar, dalam masa sejam mereka sudah boleh sampai Kulai atau mungkin lebih....

Saya masih di kedai sambil menanti jika pasangan suami isteri itu lalu di hadapan. InshaAllah akan saya ajarkan kaedah Yasin 7 Mubin. Biiznillah. Sambil itu saya juga berdoa agar terpelihara dari sebarang musibah. Ameen.


Hamba yang Dhoif

1 comment:

en_me said...

kejadian curi ada dimana2 kanns..

salamm