Wednesday, May 6, 2009

Siapa Tolak Saya??

Assalamualaikum...

Saya dihubungi oleh salah seorang pesakit saya (Pn K) selepas sahaja saya menyiarkan entry berkenaan saya jatuh tangga. Antara ayat pertama yang diucapkanyya adalah:

"Ustaz, saya rasa ustaz dianiaya oleh tukang sihir saya haritu lah. Mesti dia hantar suruhan dia untuk tolak ustaz tu!".

Secara tidak sengaja, saya tergelak, sehingga menimbulkan persoalan yang besar di dalam Pn K

"Kenapa Ustaz gelak pulak?"

Saya jawab "Saya minta maaf kerana gelak secara tidak sengaja"

Puan K bertanya lagi "Adakah Ustaz tidak percaya apa yang saya katakan tadi? Atau ustaz anggap ia lawak?"

Saya betul2 menyesal kerana mungkin gelakan saya tadi telah mengecilkan hatinya. Lantas saya memberikan "alasan" ringkas kenapa saya tergelak tadi

"Saya tergelak bukan kerana mengecilkan puan. Saya minta maaf jika puan berpendapat demikian. Saya gelak kerana sebenarnya ramai yang berkata perkara sedemikian kepada saya.."

Saya adalah hamba Allah. Khidmat saya hanya tertakluk kepada redha Allah. redhanya Allah, bahagialah saya. Oleh itu mana mungkin saya nak membenarkan hati saya menerima bahawa makhluk yang hanya setaraf atau lebih rendah dari saya (penerangan: menurut ustaz saya , manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah maka kalangan jin adalah dikira "taraf lebih rendah" dari manusia) dapat memberikan apa-apa mudharat kepada saya tanpa keizinan dari Tuhan yang Mencipta dan Menguruskan saya?

Oleh itu saya meyakini dan sentiasa berusaha untuk lebih meyakini bahawa segala apa yang berlaku ke atas saya semua datang dari Allah. Daripada saya habis masa dan kapasiti otak memikirkan "siapa yang tolak" lebih baik saya fikirkan ibrah (pengajaran) daripada peristiwa itu. Tak kira lah siapa pun yang tolak, yang pasti ia adalah tarbiah Allah yang dikhususkan kepada saya (dan juga semestinya kepada sesiapa yang terlibat di dalam insiden itu - Isteri tercinta, Anak dan semestinya doktor yang merawat serta sahabat2 yang mengetahui)...

Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengurus telah menetapkan bahawa pada tarikh dan masa itu saya akan jatuh. Ibrahnya?

Semestinya sebagai kifarah dosa dan maksiat yang terlalu banyak yang saya lakukan sepanjang 28 tahun hidup di muka bumi Allah secara FOC ini...

Atau Allah nak beritahu saya bahawa saya ni semakin jauh dariNya. Banyak lagi perkara yang saya buat yang menjauhkan diri saya dariNya.....

Atau Allah mahu membuka jalan supaya saya lebih mensyukuri nikmat sihat selepas ini, supaya saya lebih menggunakan nikmat itu untuk kemaslahatan Ummah

Atau Allah mahu membuka jalan supaya saya lebih faham dan yakin bahawa ketentuan Allah itu adalah BENAR dan tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan Allah

Atau Allah mahu memberikan pengajaran bahawa sakit di dunia itu hanyalah secebis rasa yang didatangkan sebagai peringatan. Sakit "Di sana" lebih hebat dan dahsyat, kepada yang tidak menyedari....

Sudah tentu berjuta-juta lagi ibrah yang boleh difikirkan!


Jadi daripada habis masa, tenaga dan kapasiti neuron otak untuk fikirkan SIAPA TOLAK, lebih baik rasanya saya menginsafi diri, membetulkan yang mana masih songsang.


Terima kasih kepada sahabat dan semua yang mengenali saya yang telah memberikan ucapan semangat dan perangsang. InshaAllah berkat doa anda saya akan lebih cepat sembuh dan boleh mula bergerak aktif semula (Usrah dah 2 kali tak pergi, segala kerja tergendala!...)


-Hamba yang Dhoif-

No comments: