Tuesday, June 2, 2009

DIalog Bersama Non-Muslim

Assalamualaikum...
Sudah lama benar saya tidak online. Bukan kerana terlalu sibuk namun kerana laptop rosak maka banyak kerja yang tergendala. Allah yang Maha Memberi Rezeki dan Kemudahan, juga boleh menariknya semula bila-bila masa sahaja..


Alhamdulillah pada hari Ahad 31 Mei yang lepas saya berpeluang menghadiri Dialog Pakatan Rakyat bersama Non Muslim Anjuran PAS Johor Bahru di Tropical Inn Johor Bahru. Tetamu jemputan Istimewa adalah Saudara Ann Wan Seng Abdullah.

Antara Panel Jemputan lain adalah Tn Hj Zulkifli Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor) dan juga Ust Abdullah Husin (Ketua Dewan Ulama' PAS JOhor).





Pada saya dialog ini telah mencapai kejayaan yang amat baik. Apa yang asalnya dirancang untuk menerangkan tentang isu politik semasa, menjadi satu medan untuk berbincang dan bertukar pendapat mengenai Islam. Para panelis berjaya menerangkan perkara-perkara yang sebelum ini menjadi satu fobia kepada masyarakat bukan Islam, terutama dari sudut perundangan dan sistem sosial.
Antara soalan yang ditanya adalah "Jika PAS memerintah Malaysia, model Negara Islam manakah yang akan diambil sebagai contoh?"
Tetapi saya sangat tertarik dengan satu statement dari masyarakat non muslim "Kami tak takut pada Hudud kerana kami bukan orang jahat. Hanya orang jahat yang takut pada Hudud atau pada undang-undang"....
Moga Islam terus tersebar di Malaysia dan dunia dan moga masyarakat non-muslim akan lebih memahami Islam dengan lebih mendalam. Ameen.
Program Dialog seterusnya yang dirancang adalah Dialog Bersama Masyarakat Cina Permas bersama tetamu undangan Ust Drs Khalil Idham Lim Abdullah (Adun Titi Serong, penulis blog Cina Islam). Semua dijemput hadir
Wallahu a'lam
.

No comments: