Thursday, May 21, 2009

Innalillah...

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.


Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192


[Laporan lanjut menyusul]

Sunday, May 17, 2009

Kecurian Kereta di TESCO SERI ALAM

Saya baru kembali dari "proses repair kaki" di Kota Tinggi. Kaki yang sudah terasa sedikit okay selepas balik Terengganu minggu lepas, sakit semula setelah saya cuba membuat kerja berat iaitu bermain bola getah dengan anak di rumah (tak pernah main "secara serius" dengan anak sebelum ini, tak tahu seronok juga "kembali menjadi muda" sebegini . :) )

Setelah menghantar isteri ke tempat kerja, saya bergegas ke Masjid Jamek Taman Universiti untuk menyelesaikan proses tempahan tempat dan makanan untuk Program MANTOP Julai nanti. Alhamdulillah Allah bagi kemudahan dalam semua hal, sehingga terasa sungguh mudah dan smooth seluruh perjalanan & urusan tadi. Alhamdulillah. Segala Puji selayaknya hanya bagi Allah Yang Maha Memberi dalam keadaan hambaNya ini yang begitu kedekut sekali untuk meluangkan masa mengingatiNya....

Kembali dari Taman U, saya singgah di kedai saya di Tesco untuk selesaikan apa-apa urusan yang patut setelah hampir seminggu tak menjenguk...

Sesampainya saya di parking Tesco yang bersetentang dengan Pasaraya Today's, saya melihat satu pasangan yang saya kira berasal dari Sabah hasil dari penilaian dialek mereka. Sang isteri sedang menangis teresak-esak manakala suaminya pula muka "blank" semacam. Menjangkakan yang ia adalah isu suami-isteri, saya tidak mahu terlalu masuk campur. Saya masuk ke dalam dan terus menuju ke kedai. Tiba-tiba saya teringat yang saya tertinggal satu dokumen di dalam kereta saya. Apabila saya melangkah keluar, saya nampak orang ramai mengerumuni pasangan ini...

"Kenapa ni?" Tanya saya, sedikit busy body.

"Kereta dia kena curi. Saya sendiri nampak kereta tu dipandu keluar oleh 2 orang lelaki melayu tadi. Dalam kereta ada duit RM3 ribu." Seorang pemuda berbaju kuning memberitahu saya.

"Dah report pollis ke belum?" tak habis lagi busy body saya..

"Dah bagitau security. Diaorang tengah tengok rakaman CCTV" balas budak tu.

Saya terperanjat. Dah hampir sejam kereta dicuri, masih belum report polis? Apa guna tengok rakaman CCTV SEBELUM report polis? Jika pun boleh nampak kereta tu dibawa keluar dan nampak jelas muka kedua lelaki tersebut, apa yang boleh dibuat jika tidak report polis?

Pendapat peribadi saya, sebaiknya direport polis dahulu, supaya polis boleh terus buat roadblock. Jalan keluar dari Pasir Gudang ni ada 2 je. Samada Highway atau jalan lama. Kalau tutup betul-betul, inshaAllah kebarangkalian nak jumpa tu tinggi! Tapi selepas sejam..... Wallahu a'lam.

Untuk rekod, perjalanan dari Tesco ke Tol Skudai mengambil masa lebih kurang 30 minit. Ke Senai lebih kurang 45 minit. Ke Kulai lebih kurang 1 jam. Bagi saya apabila sudah lepas dari kawasan-kawasan ini, agak susah untuk dicari. Jika dianggap pencuri pecut kereta terus keluar, dalam masa sejam mereka sudah boleh sampai Kulai atau mungkin lebih....

Saya masih di kedai sambil menanti jika pasangan suami isteri itu lalu di hadapan. InshaAllah akan saya ajarkan kaedah Yasin 7 Mubin. Biiznillah. Sambil itu saya juga berdoa agar terpelihara dari sebarang musibah. Ameen.


Hamba yang Dhoif

Friday, May 15, 2009

Dia Sudah Ada Di Sini.....

Saya tersentak membaca berita terkini yang menyatakan wabak H1N1 (Selsema Khinzir) sudah "datang" ke Malaysia. Ini mungkin tanda murka Allah kepada manusia yang sudah sekalian lama membuat kerosakan & maksiat di muka bumi (sudah pastinya termasuk diri saya)?



Kes pertama flu H1N1 di Malaysia (Malaysiakini)
May 15, 09 1:40pm


Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini."Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkanpositif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukanpada 15 Mei 2009," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican."Ini merupakan kes yang pertama influenza A (H1N1) dikesan diMalaysia." Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalamdan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama."Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.


Kementerian telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarga beliau dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.Kementerian juga meminta semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut supaya menghubungi talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk tindakan susulan.


Menurut kenyataan itu lagi, kementeria meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.


Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagitujuan siasatan dan pemerhatian.


Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikanjumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah. Kes terkumpul sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding denganlaporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.


Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik diFasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagiperlindungan kesihatan antarabangsa.


Di sini saya nak berkongsi dengan pembaca berkenaan doa yang sesuai dibaca ketika penyakit wabak melanda. Sudah pasti doa ini adalah sebagai USAHA sahaja, penyembuhan adalah milik mutlak ALLAH. Nanti kang ada kata saya ni SESAT & MENGAMALKAN TANGKAL. Hehe


Monday, May 11, 2009

Memohon Bantuan

Assalamualaikum..

Saya ingin merayu semua pengunjung blog ini (walau sedikit) untuk turut sama membantu sahabat saya saudara Sarji yang telah mengalami kebakaran rumah minggu lepas. Sila rujuk di sini

Sebarang sumbangan boleh dihulurkan kepada akaun MAY BANK 156075733742 SARJI BIN KASIM

Sama-sama kita hulurkan bantuan kepada sahabat saya ini untuk meringankan beban beliau dan juga sebagai moral support kepada beliau.

Segala bantuan anda didahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH.

Sunday, May 10, 2009

Asma' bt Abu Bakar - Komando Wanita Pertama di Dunia!

Kisah Asma' binti Abu Bakar, yang bagi saya layak mendapat jolokan "First Woman Commando in the World" kerana keberaniannya serta kesungguhannya membekalkan makanan kepada ayahandanya (Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A) dan Juga Rasulullah S.A.W ketika kedua mereka bersembunyi di Gua untuk berhijrah di dalam keadaan dirinya yang sarat mengandung, serta keterlibatan beliau di dalam beberapa peristiwa penting dan genting di dalam lipatan Sirah yang menunjukkan keunggulan akhlak dan imannya. Riwayat hidup beliau merupakan sesuatu yang inspirational terutama kepada muslimah mujahidah sekalian, moga mendapat segala kebaikan dan inspirasi untuk terus kekal dalam perjuangan..

Sumber dari Kitab "An-Nisaa' Haula Ar-Rasul" (Tokoh-tokoh Wanita di sekitar Rasulullah).

Dia seorang wanita muhajir yang mulia dan tokoh yang besar kerana akal dan kemuliaan jiwa serta kemahuannya yang kuat. Asma' dilahirkan tahun 27 sebelum Hijrah. Asma' 10 tahun lebih tua daripada saudaranya seayah, Aisyah, Ummul Mu'minin dan dia adalah saudara se- kandung dari Abdullah bin Abu Bakar.

Asma' mendapat gelaran Dzatun nithaqain (si empunya dua ikat pinggang), kerana dia mengambil ikat pinggangnya, lalu memotongnya menjadi dua. Kemudian, yang satu dia gunakan untuk sufrah (bungkus makanan untuk bekal) Rasulullah SAW, dan yang lain sebagai pembungkus qirbahnya pada waktu malam, ketika Rasulullah SAW dan Abu Bakar As- Siddiq RA keluar menuju gua.

Penduduk Syam mengolok-olok Ibnu Zubair dengan julukan "Dzaatun nithaqain" ketika mereka memeranginya. Maka Asma' bertanya kepada puteranya itu, Abdullah bin Zubair :"Mereka mengolok-olokkan kamu ?" Abdullah menjawab :"Ya." Maka Asma' berkata :"Demi Allah, dia adalah benar."

Ketika Asma' menghadap Al-Hajjaj, dia berkata: "Bagaimana engkau mengolok-olok Abdullah dengan julukan Dzatun nitha- qain ? Memang, aku mempunyai sepotong ikat pinggang yang harus dipakai oleh orang perempuan dan sepotong ikat pinggang untuk menutupi makanan Rasulullah SAW."

Asma' telah lama masuk Islam di Mekah, sesudah 17 orang dan berbai'at kepada Nabi SAW, serta beriman kepadanya dengan iman yang kuat. Pengamalan Islam Asma' yang Baik Pada suatu ketika, datang Qatilah binti Abdul Uzza kepada puterinya, Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq, sedangkan Abu Bakar telah menalaknya di zaman jahiliyyah, membawa hadiah-hadiah berupa kismis, samin dan anting-anting. Namun Asma' menolak hadiah tersebut dan tidak mengizinkannya memasuki rumahnya. Kemudian dia memberitahu Aisyah :"Tanyakan kepada Rasulullah SAW ....?" Aisyah menjawab :"Biarlah dia memasuki rumahnya dan dia (Asma') boleh menerima hadiahnya."

Tindakan Asma' yang Baik

Abu Bakar r.a. membawa seluruh hartanya yang berjumlah 5.000 atau 6.000 ketika Rasulullah SAW pergi hijrah. Kemudian saudaranya, Abu Quhafah datang kepada Asma' sedangkan dia seorang buta. Abu Quhafah berkata :"Demi Allah, sungguh aku lihat dia telah menyusahkan kalian dengan hartanya, sebagaimana dia telah menyusahkan kalian dengan dirinya." Maka Asma' berkata kepadanya:"Sekali-kali tidak! Beliau telah meninggalkan kebaikan yang banyak bagi kita."

Kemudian Asma' mengambil batu-batu dan meletakkanya di lubang angin, di mana ayahnya pernah meletakkan wang bagi tinggalan semasa pergi berperang. Kemudian dia menutupinya dengan selembar baju. Setelah itu Asma' memegang tangannya (Abu Quhafah) dan berkata: "Letakkan tangan Anda di atas wang ini." Maka Abu Quhafah meletakkan tangannya di atasnya dan berkata :"Tidaklah mengapa jika dia tinggalkan ini bagi kamu, maka dia telah berbuat baik. Ini sudah cukup bagi kamu."

Sebenarnya Abu Bakar tidak meninggalkan sesuatu pun bagi keluarganya, tetapi Asma' ingin menenangkan hati orang tua itu. Az-Zubair ibnul Awwam menikah dengannya, sementara dia tidak mempunyai harta dan apa sahaja yang lain, kecuali kuda. Maka Asma' memberi makan kudanya dan mencukupi keperluan serta melatihnya. Asma' akan Menumbuk biji kurma untuk makanan kuda, memberinya air minum dan membuat adunan roti. Suatu ketika Az-Zubair bersikap keras terhadapnya, maka Asma' datang kepada ayahnya dan mengeluhkan hal itu.

Maka sang ayah pun berkata : "Wahai anakku, sabarlah! Sesungguhnya wanita itu apabila bersuami seorang yang soleh, kemudian suaminya meninggal dunia, sedang isterinya tidak menikah lagi, maka keduanya akan berkumpul di surga." Asma' datang kepada Nabi SAW, lalu bertanya :"Wahai, Rasulullah, aku tidak punya sesuatu di rumahku, kecuali apa yang diberikan oleh Az- Zubair kepadaku. Bolehkah aku memberikan dan menyedekahkan apa yang di- berikan kepadaku olehnya ?"

Maka Nabi SAW menjawab :"Berikanlah (bersedekahlah) sesuai kemampuanmu dan jangan menahannya agar tidak ditahan pula suatu pemberian terhadapmu." Maka Asma' adalah termasuk seorang wanita dermawan. Dari Abdullah bin Zubair r.a. dia berkata :"Tidaklah kulihat dua orang wanita yang lebih dermawan daripada Aisyah dan Asma'." Kedermawanan mereka berbeza. Adapun Aisyah, sesungguhnya dia suka mengumpulkan sesuatu, hingga setelah terkumpul padanya, dia pun membagikannya. Sedangkan Asma', maka dia tidak menyimpan sesuatu untuk esoknya. Asma' adalah seorang wanita yang dermawan dan pemurah. Dia tidak menyimpan sesuatu untuk hari esok. Pernah dia menderita sakit, lalu dia bebaskan semua hamba sahayanya.

Asma' ikut dalam Perang Yarmuk bersama suaminya, Az-Zubair, dan menunjukkan keberaniannya yang baik. Dia membawa sebilah belati dalam pasukan Said bin Ash di masa fitnah, lalu diletakkannya di balik lengan bajunya. Kemudian ditanyakan kepadanya :"Apa yang kamu lakukan dengan membawa ini ?" Asma' menjawab :"Jika ada pencuri masuk kepadaku, maka aku tusuk perutnya."

Umar Al Khattab r.a. memberi hadiah untuk Asma' sebanyak 1000 dirham. Asma' meriwayatkan 58 hadits dari Nabi SAW; dan dalam suatu riwayat dikatakan : bahwa dia meriwayatkan 56 hadits [Al-Kazaruni, "Mathaali'ul Anwaar"]. Telah sepakat antara Bukhari dan Muslim atas 14 hadits. Bukhari meriwayatkan sendiri atas 4 hadits, sedangkan Muslim juga meriwayatkan sebanyak itu pula. [Al-Hafih Al-Maqdisi, Al-Kamaal fii Ma'rifatir Rijaal].

Dalam satu riwayat : Diceritakan bahwa Asma' meriwayatkan 22 hadits dalam Sahihain. Sedangkan yang disepakati Bukhari dan Muslim 13 hadits. Bukhari meriwayatkan sendiri 5 hadits, sedangkan Muslim meriwayatkan 4 hadits. [Ibnul Jauzi, "Al-Mujtana"]

Asma' Sebagai Penyair dan Pemberani

Asma' adalah wanita penyair dan pemberani yang mempunyai logik dan bayangan. Dia berkata mengenai suaminya, Az-Zubair, ketika dibunuh oleh Amru bin Jarmuz Al-Mujasyi'i di Wadi As-Siba' ketika kembali dari Perang Jamal : Ibnu Jarmuz mencurangi seorang pendekar dengan sengaja di waktu perang, sedang dia tidak lari. Hai, Amru, kiranya kamu ingatkan dia tentu kamu mendapati dia bukan seorang yang bodoh, tidak kasar hati dan tangannya semoga ibumu menangisi, kerana kamu bunuh seoran\ng Muslim dan kamu akan terima hukuman pembunuhan yang disengajakan

Tekad Asma' yang Kuat, Kemuliaan Jiwa dan Keberaniannya

Kata-kata Asma' kepada puteranya menunjukkan kepada kita tentang makna-makna yang luhur itu. Suatu saat puteranya, Abdullah, datang menemui ibunya, Asma' yang buta dan sudah berusia 100 tahun. Dia berkata kepada ibunya :"Wahai, Ibu, bagaimana pendapat Anda mengenai orang yang telah meninggalkan aku, begitu juga keluargaku." Asma' berkata :"Jangan biarkan anak-anak kecil bani Umayyah mempermainkanmu. Hiduplah secara mulia dan matilah secara mulia. Demi Allah, sungguh aku berharap akan terhibur mengenaimu dengan baik."

Kemudian Abdullah keluar dan bertempur hingga ia mati terbunuh. Konon, Al-Hajjaj bersumpah untuk tidak menurunkannya dari tiang kayu hingga ibunya meminta keringanan baginya. Maka tinggallah dia di situ selama satu tahun. Kemudian ibunya lalu di bawahnya dan berkata : "Tidakkah tiba waktunya bagi orang ini untuk turun ?"

Diriwayatkan, bahwa Al-Hajjaj berkata kepada Asma' setelah Abdullah terbunuh :"Bagaimanakah engkau lihat perbuatanku terhadap puteramu ?" Asma' menjawab :"Engkau telah merosakkan dunianya, namun dia telah merosakkan akhiratmu." Asma' wafat di Mekkah dalam usia 100 tahun, sedang giginya tetap utuh, tidak ada yang tanggal dan akalnya masih sempurna. [Mashaadirut Tarjamah : Thabaqaat Ibnu Saad, Taarikh Thabari, Al-Ishaabah dan Siirah Ibnu Hisyam]. Penulis buku, Musthafa Luthfi Al-Manfaluthi mencatat dialog yang terjadi antara Asma' dengan Abdullah, dalam sebuah qasidah yang dianggap sebuah karya seni yang indah.

Dia berkata : Asma' di antara manusia adalah sebaik-baik wanita ia lakukan perbuatan terbaik di saat perpisahan datang kepadanya Ibnu Zubair menyeret baju besi di bawah baju besi berlumur darah Ia berkata : Wahai, Ibu, aku telah payah dengan urusanku antara penawanan yang pahit dan pembunuhan yang keji. Teman-teman dan zaman mengkhianatiku, maka aku tak punya teman selain pedangku. kulihat bintangku yang tampak terang telah lenyap dariku dan tidak lagi naik.

Kaumku telah berupaya melindungiku, maka tak ada penolong selain itu jika aku menerimanya. Asma' menjawab dengan kelopak mata yang kering seakan-akan tidak ada tempat sebelumnya bagi air mata. Air mata itu berubah menjadi wap yang naik dari hatinya yang patah. "Tidaklah diselamatkan kecuali kehidupan atau ia menjadi tulang-belulang seperti halnya batang pohon kematian di medan perang lebih baik bagimu daripada hidup hina dan tunduk jika orang-orang menelantarkanmu, maka sabar dan tabahlah, karena Allah tidak menelantarkan"

Matilah mulia, sebagaimana engkau hidup mulia dan hiduplah selalu dalam namamu yang mulia dan tinggi tiada di antara hidup dan mati kecuali menyerang di tengah pasukan itu.

Kata-kata Asma' kepada puteranya ini akan tetap menjadi cahaya di atas jalan kehidupan yang mulia, yaitu ketika puteranya berkata : "Wahai, Ibu, aku takut jika pasukan Syam membunuhku, mereka akan memotong- motong tubuh dan menyalibku."

Asma' menjawab dengan perkataan yang kukuh seperti gunung, kuat seperti jiwanya, besar seperti imannya, dan perkataan itulah yang menentukan akhir pertempuran : "Hai, Anakku, sesungguhnya kambing yang sudah disembelih tidaklah merasa sakit bila ia dikuliti." Al-Manfaluthi menyudahi qasidahnya dengan perkataan : Datang berita kematian kepada ibunya, maka ia pun mengeluarkan air matanya yang tertahan. Abdullah gugur sebagai syahid dan unggulan nilai-nilai yang tinggi dari ibu teladan. Kisah ini tercatat dalam lembaran-lembaran yang paling cemerlang dalam sejarah orang-orang yang kekal.

Wallahu a'lam


-Hamba yang Dhoif-

Wednesday, May 6, 2009

Merawat Pesakit Parkinson

Selepas mengusahakan rawatan kepada Puan F tempohari, saya bergegas ke Kg Melayu Majidee untuk berjumpa seorang lagi pesakit.

Pesakit seorang wanita berusia 78 tahun dan tinggal berdua dengan suaminya di sebuah rumah yang agak besar di sana. Beliau menderita sakit parkinson sejak 10 tahun lepas. Suaminya menelefon saya mengatakan pesakit selalu terjaga di tengah malam dan nampak orang yang ramai mengelilinginya dan juga selalu nampak cucunya datang ke rumah. Selalu sahaja ketika makan, pesakit akan berhenti makan tiba-tiba dan menyorongkan pinggannya ke tepi, "nak bagi Farah (cucunya) makan" katanya sedangkan ketika itu Farah berada beratus-ratus kilometer jauhnya! Saya juga dapat perhatikan pesakit selalu merenung ke sana ke mari seolah-olah melihat ramai orang di sekelilingnya.

Saya mulakan rawatan dengan ruqyah Surah Munjiyat dan juga Selawat Syifa' dan Tafrijiyah. Tiada respon. Setelah meneruskan ruqyah selama hampir 20 minit, saya menghentikan rawatan kerana tiada respon langsung! Tambahan pula badan yang sangat keletihan setelah "bertarung" 3 jam dengan kes Puan F sebelum ini. Pesakit sendiri sudah lemah kerana tidak diberikan ubat seperti yang ditetapkan kerana difahamkan ubatnya adalah jenis mengantuk. Jadi suaminya tidak memberikannya pada pagi itu kerana bimbang pesakit tertidur semasa saya merawat.

Saya bekalkan dengan garam dan limau untuk mandian dan mengajar suami pesakit cara untuk memagar rumah dan apa yang perlu dibuat jika pesakit mengadu lagi (biasanya kepada semua pesakit saya akan minta mereka istiqamah 20 kali Al Fatihah selepas solat fardhu sahaja sebagai permulaan - perkara yang nampak mudah tapi........).

Balik ke rumah mentua, saya masih bingung memikirkan kes pesakit kali ini. Tiada langsung respon walau sedikit terhadap ruqyah! Selepas solat hajat, saya dapat ilham untuk telefon abang saya yang sekarang sedang melanjutkan pelajaran menjadi specialist di HUKM.

Setelah berbincang, barulah saya tahu bahawa pesakit parkinson mengalami kekurangan satu bahan kimia di dalam otak mereka iaitu dopamin. Dan biasanya ubat yang dibekalkan mengandungi kandungan dopamin yang banyak untuk mengimbangkan semula kekurangan tersebut. Dan salah satu side effect dopamin berlebihan di dalam otak adalah pesakit akan mengalami hallucination. MUNGKIN ia menjelaskan kenapa pesakit tadi selalu nampak orang ramai? Wallahu a'lam. Follow up visit sedang dirancang dan InshaAllah akan diupdate di dalam entry ini kelak...

Yang baik dari Allah, yang buruk dari kelemahan diri sendiri. Wallahu a'lam, Allahu akbar!



-Hamba yang Dhoif-

.

Siapa Tolak Saya??

Assalamualaikum...

Saya dihubungi oleh salah seorang pesakit saya (Pn K) selepas sahaja saya menyiarkan entry berkenaan saya jatuh tangga. Antara ayat pertama yang diucapkanyya adalah:

"Ustaz, saya rasa ustaz dianiaya oleh tukang sihir saya haritu lah. Mesti dia hantar suruhan dia untuk tolak ustaz tu!".

Secara tidak sengaja, saya tergelak, sehingga menimbulkan persoalan yang besar di dalam Pn K

"Kenapa Ustaz gelak pulak?"

Saya jawab "Saya minta maaf kerana gelak secara tidak sengaja"

Puan K bertanya lagi "Adakah Ustaz tidak percaya apa yang saya katakan tadi? Atau ustaz anggap ia lawak?"

Saya betul2 menyesal kerana mungkin gelakan saya tadi telah mengecilkan hatinya. Lantas saya memberikan "alasan" ringkas kenapa saya tergelak tadi

"Saya tergelak bukan kerana mengecilkan puan. Saya minta maaf jika puan berpendapat demikian. Saya gelak kerana sebenarnya ramai yang berkata perkara sedemikian kepada saya.."

Saya adalah hamba Allah. Khidmat saya hanya tertakluk kepada redha Allah. redhanya Allah, bahagialah saya. Oleh itu mana mungkin saya nak membenarkan hati saya menerima bahawa makhluk yang hanya setaraf atau lebih rendah dari saya (penerangan: menurut ustaz saya , manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah maka kalangan jin adalah dikira "taraf lebih rendah" dari manusia) dapat memberikan apa-apa mudharat kepada saya tanpa keizinan dari Tuhan yang Mencipta dan Menguruskan saya?

Oleh itu saya meyakini dan sentiasa berusaha untuk lebih meyakini bahawa segala apa yang berlaku ke atas saya semua datang dari Allah. Daripada saya habis masa dan kapasiti otak memikirkan "siapa yang tolak" lebih baik saya fikirkan ibrah (pengajaran) daripada peristiwa itu. Tak kira lah siapa pun yang tolak, yang pasti ia adalah tarbiah Allah yang dikhususkan kepada saya (dan juga semestinya kepada sesiapa yang terlibat di dalam insiden itu - Isteri tercinta, Anak dan semestinya doktor yang merawat serta sahabat2 yang mengetahui)...

Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengurus telah menetapkan bahawa pada tarikh dan masa itu saya akan jatuh. Ibrahnya?

Semestinya sebagai kifarah dosa dan maksiat yang terlalu banyak yang saya lakukan sepanjang 28 tahun hidup di muka bumi Allah secara FOC ini...

Atau Allah nak beritahu saya bahawa saya ni semakin jauh dariNya. Banyak lagi perkara yang saya buat yang menjauhkan diri saya dariNya.....

Atau Allah mahu membuka jalan supaya saya lebih mensyukuri nikmat sihat selepas ini, supaya saya lebih menggunakan nikmat itu untuk kemaslahatan Ummah

Atau Allah mahu membuka jalan supaya saya lebih faham dan yakin bahawa ketentuan Allah itu adalah BENAR dan tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan Allah

Atau Allah mahu memberikan pengajaran bahawa sakit di dunia itu hanyalah secebis rasa yang didatangkan sebagai peringatan. Sakit "Di sana" lebih hebat dan dahsyat, kepada yang tidak menyedari....

Sudah tentu berjuta-juta lagi ibrah yang boleh difikirkan!


Jadi daripada habis masa, tenaga dan kapasiti neuron otak untuk fikirkan SIAPA TOLAK, lebih baik rasanya saya menginsafi diri, membetulkan yang mana masih songsang.


Terima kasih kepada sahabat dan semua yang mengenali saya yang telah memberikan ucapan semangat dan perangsang. InshaAllah berkat doa anda saya akan lebih cepat sembuh dan boleh mula bergerak aktif semula (Usrah dah 2 kali tak pergi, segala kerja tergendala!...)


-Hamba yang Dhoif-

Monday, May 4, 2009

Jatuh Tangga - Kaki Retak

Saya menerima ujian besar...

Balik ke rumah pada malam Rabu lalu (29 Apr 09) alarm rumah saya rosak, disyaki dipanah petir semasa saya tiada. Alarm berbunyi cukup membingitkan telinga. Bimbang jiran-jiran terganggu dengan bunyi tersebut, saya dengan tergesa-gesa mengambil tangga besi dan mula memanjat untuk lihat dalam Control Box.

Niatnya nak RESET kan alarm tu atau potongkan terus power supply nya, tapi semasa tengah melihat-lihat itulah kaki saya tersalah langkah dan tangga tersebut tumbang. Saya mendarat dengan kaki kiri terus ke lantai, setinggi kira-kira 7 kaki ke bawah. Sakitnya bukan kepalang. Alhamdulillah anak kecil saya Aiman terlewat sedikit sahaja. Selama ini jika saya memanjat tangga, samada untuk menukar bulb yang terbakar atau untuk membetulkan power switch rumah, Aiman memang akan 'setia' memerhatikan saya dari bawah tangga. Dan malam itu memang dia 'ondaway' nak datang tengok saya. Dia sedang menaiki tangga rumah saya ketika saya jatuh, betul-betul di depan matanya! Nasib baik dia terlambat seidkit sahaja. Jika tidak, sudah tentu tangga itu sudah menimpanya dan bertambah lagi masalah saya. Alhamdulillah Ya Allah, kerana telah menyelamatkan anak saya...

Ringkasnya selepas solat Maghrib dalam keadaan sakit yang teramat, saya dan isteri terus ke rumah pengasuh, letakkan Aiman di situ dan kami terus berkejar ke hospital. Nasib baiklah hospital hanya 'selangkah semut' sahaja dari rumah.

Terus ke Accident & Emergency, dan terus dimasukkan ke bilik X-Ray untuk proses rawatan dan diagnosis.. Proses rawatan mengambil masa hampir 3 jam (sebab tunggu pakar Ortho datang), yang menyaksikan kaki saya akhirnya disimen secara 'back slab" (separuh sahaja dan boleh pakai buang). Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya masih boleh menyempurnakan wuduk saya secara normal dengan simen separuh ini. walaupun dalam keadaan kesakitan... 2 tulang kaki kiri saya didapati retak - Calcaneum (tulang dekat tumit kaki) dan juga Fibula (tulang betis kecil). Yang disimen adalah calcaneum sahaja kerana keretakan fibula terlalu kecil dan tidak memudaratkan. Kosnya pula, bisa menambah kesakitan! Hampir RM700 untuk keseluruhan kos rawatan tidak termasuk harga tongkat dan rawatan susulan! Nasib baik saya sempat enroll dalam Skim Insurans Takaful Prudential BSN Takaful. Ada coverage untuk outpatient accident, up tp RM2,000 setahun. Ada juga elaun MC RM200 seminggu.Gasak yang tu dulu lah, dah habis nanti, boleh claim dengan company isteri saya..

Saya terpaksa membatalkan beberapa temujanji dengan pesakit. Kehadiran ke Muktamar Pemuda Negeri juga terpaksa dibatalkan kerana saya tidak mahu menyusahkan orang untuk mengusung saya keluar masuk dewan walaupun saya boleh berjalan menggunakan tongkat. Namun saya masih terpaksa menguruskan kepergian perwakilan Pemuda Pasir Gudang ke Muktamar. Telefonlah yang menjadi penyelamat. Syukur kepada Allah kerana memberikan ilmuNya kepada manusia sehingga terlahir kemudahan sebegini...Kehadiran ke kenduri adik angkat isteri di Segamat pun mungkin terpaksa dibatalkan. Saya minta maaf kepada semua!

Terima kasih kepada doktor-doktor di Hospital yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Doktor Lau (Pakar Ortho) dan Doktor Zabidi (MO di A&E) serta jururawat yang merawat saya secara cekap dan profesional.

Special thanks kepada isteri tersayang yang bersusah payah membawa saya ke hospital dan juga menjaga makan minum saya. Terpaksa pula melayan karenah si kecil yang 'baru nak kenal dunia'. Sesungguhnya setiap hari saya panjatkan syukur yang tak terhingga kepada Allah kerana menghadirkan seorang yang begitu istimewa dalam hidup saya... Alhamdulillah!


-Hamba yang Dhoif-
.

Pesakit Sihir Pertama - Menangis Melihat Kehebatan Allah!

Pada 28 Mac yang lalu saya telah menerima kunjungan sepasang suami isteri dari Batu Pahat. Isterinya (Puan F) yang menelefon, mengatakan bahawa beliau mendapat nombor saya dari Guru saya Ust Majid.

Semenjak Ulangan yang tidak berhenti rawatan Ust Majid di dalam Expose Mistik di dalam TV, ramai yang menelefon. Dan kebanyakan kes di Johor semuanya di "sub" kan kepada saya...

Alhamdulillah setelah menetap janji rawatan, saya masih mampu berjumpa dengan pesakit, itu pun setelah rush dari Kota Tinggi pagi tersebut kerana hantar anak balik ke rumah mentua memandangkan isteri saya terpaksa berkursus di Pulau Sibu sehingga Hari Ahad.

Diringkaskan cerita, Puan F ini adalah disyaki menjadi mangsa sihir. OKS nya adalah saudara rapat suaminya sendiri (akan diceritakan selanjutnya nanti). Beliau mengadu selalu rasa sakit di pinggang, dan selalu sahaja rasa takut dan resah, selalu nampak bayangan.

Pernah satu ketika tiba-tiba beliau berjalan merangkak dalam keadaan tidak sedarkan diri, menyebut2 nama ibunya. Beliau juga mengadu sakit perut dan selalu terkucil di merata-rata tempat di rumahnya...

Saya mulakan rawatan seperti biasa. Guna kaedah basic sahaja memandangkan ini kes rawatan sihir saya yang pertama so saya tak dapat nak agak apa yang nak jadi. Mulanya ingat nak gunakan teknik TKR yang baru "diijazahkan" kepada saya seminggu sebelum itu (terima kasih kepada guru saya Ust Abd Majid) tapi saya KIV dahulu kerana ingin lihat dahulu apa respon terhadap ruqyah 'basic'.

Setelah diruqyah selama lebih kurang 15 minit, saya mulakan dialog dengan soal jawab dengan kaki beliau seperti biasa. Tetapi tiba-tiba sahaja Puan F tersengih. Di dalam hati saya agak Jin itu sudah mula bersedia untuk berdialog. Apabila saya merenung tajam kembali, beliau berhenti tersenyum. Apabila ditanya adakah beliau jin, beliau mengangguk...

Maka bermulalah sesi dakwah dan tanzir....

Secara ringkasnya, saya berdialog dengan ketua jin saka dahulu, katanya ada 12 ekor di dalam badan. Ada juga di pinggang dan kepala (yang mungkin menyebabkan Puan F menderita sakit pinggang dan kepala.. Wallahu a'lam). Saya meminta beliau keluar tetapi tidak mahu. Saya tambahkan ruqyah untuk menyakitkan jin, beliau sakit biiznillah tetapi tetap tidak mahu keluar.

Saya teringat kaedah dakwah yang Guru saya ajarkan. datang ilham untuk saya doa pada Allah supaya tunjukkan kepadanya apa balasan dan kehebatan Allah kepada hambaNya yang taat...

Pesakit mula menangis teresak-esak. Sampai basah telekung solat. Setelah beliau tenang, saya meminta beliau menyatakan Syahadah dan Alhamdulillah beliau bersama 4 lagi jin semua memeluk Islam. Saya hantar ke SM.

Melihat masa makin lewat (saya ada janji dengan seorang lagi pesakit pada pagi tersebut) dan secara tak sedar saya dah dakwah-tanzir selama sejam setengah, saya bercadang nak tutup lah. Saya tarik pakai botol di pinggang dan kepala dan bacakan doa penutup..

Lepas baca, tiba2 saya tanya, "Ni Puan F ke?" dia menggeleng. Saya kata dalam hati "Aduh! ada lagi ke, dah lewat sangat ni!". Rupa-rupanya jim kali ni adalah ketua jin sihir yang dihantar! Keras kepala pulak bukan main! Bila disuruh keluar, dilekehkan saya dengan tangannya dilekat ke hidung sehingga hidung menaik (macam budak-budak nak lekehkan orang).. Dibaca ruqyah sebat jin, beliau sakit tapi tetap tak mahu keluar sebab takut dengan tuannya. Saya bacakan ayat menutup pandangan. Lepastu macam-macam lagi songehnya. Nak ayam lah, nak cantikkan muka lah, macam-macam lagi. Alhamdulillah biiznillah Allah kabulkan segala doa dan permintaan jin tersebut. Tapi still taknak keluar jugak!

Last-last saya gunakan kaedah tadi, saya doa pada Allah supaya tunjukkan kepada beliau apa balasan dan siksan Allah kepada mereka yang ingkar perintahNya. Tiba-tiba beliau menjerit "Neraka Jahannam!", terus takut dan kecut. Tapi masih tidak mahu keluar! Degil betul! AKhirnya bila saya doakan agar Allah tunjukkan pula balasan dan nikmat Allah kepada Hamba yang dikasihiNya, beliau mula menangis teresak-esak. Bila didakwahkan, terus mahu memeluk Islam dan mahu dihantar ke Mekah. Siap cakap pada saya "Ustaz jangan lupa ke sana, kita jumpa di sana nanti.." Saya cakap " InshaAllah. Semua orang yang mengaku Islam memang berazam nak ke Mekah. Tapi bab jumpa anda tu, saya rasa tak perlulah. Anda duduklah di sana, pelajari Islam betul2, biar dapat apa yang Allah janjikan tersebut". Akhirnya saya tarik pakai serban Biiznillah dan saya tamatkan rawatan... Sedar tak sedar, hampir 3 jam saya merawat! Penatnya bukan kepalang....

Selepas rawatan, suami Puan F datang jumpa saya dan bertanya "Ustaz, apa agaknya yang dilihat oleh jin tadi?". Saya jawab "Wallahu a'lam. Yang tahu adalah Allah dan jin tersebut sahaja. Apa pun kita sebagai hamba mesti meyakini bahawa janji Allah akan kenikmatan terhadap hambanya yang soleh dan azab bagi hambaNya yang ingkar adalah BENAR dan TIADA KERAGUAN..."

Yang baik dari Allah, yang buruk dari diri sendiri. Saya mohon perlindungan dari Allah akan segala sifat jahat dan saya juga memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepadaNya kerana banyak membantu saya dalam proses rawatan. Moga Allah terus menerima doa-doa saya selepas ini walaupun dosa saya menggunung tinggi....


-Hamba yang Dhoif-
.

Salam Perjuangan

Assalamualaikum...

Saya mula menulis setelah sekian lama didesak oleh sahabat untuk berbuat demikian...

Tuntutan perjalanan hidup yang terlalu terisi masanya selama ini tidak memungkinkan saya untuk mencoret di mana-mana selama ini. Namun memikirkan ia boleh dijadikan sebagai penduan terutama kepada diri sendiri, saya akan berusaha coretkan sesuatu di sini. Di harap ia dapat menjadikan saya lebih tabah dan lebih berazam untuk berjuang dan dapat menilai apa yang telah dilakukan, moga-moga dapat meningkatkan lagi iman dan amal...

Doakan saya...

Agar dipermudahkan hidup ini.

Agar darah dan keringat yang mengalir dari tubuh ini semuanya dimanfaatkan sepenuhnya untuk Islam dan ALLAH Azzawajalla..

Agar tidak terpesong walau seinci dari jalan perjuangan yang diredhai ALLAH

Agar dikurniakan kesihatan dan kemurahan rezeki untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan terus menyampaikan kalimah Tauhid...

Agar diberi kekuatan untuk terus MEMBERI dan BEFIKIR UNTUK MEMBERI dan mengelak dari terus MENERIMA dan MENGHARAP HANYA UNTUK MENERIMA.

Insha Allah

Ameen Ya Allah.........



-Hamba yang Dhoif-

.